Quotes of The Day

He who asks is a fool for five minutes, but he who does not ask remains a fool forever.



"I would rather have a mind opened by wonder than one closed by belief." - Gerry Spence

Wednesday, 22 February 2012

Anak Aset Syurga atau Neraka


Salam semua. Semalam cheq sedih dengan anak cheq yang tinggal solat semasa pi camping. Berjurai-jurai ayaq mata cheq bila mengenangkan anak cheq ni meninggalkan solat dengan alasan tak sempat. Bukan cheq nak bukak aib dia disini tapi cheq sedih dia antara ramai anak yang telah melalaikan solat. Mungkin ini juga balasan Allah pada cheq kerana semasa cheq muda2 dulu..seringkali cheq abaikan solat...nau'zubillah...lani baru cheq tau macamana arwah mak cheq rasa bila anak2 dia melalaikan solat dengan sengaja.

Mak..ampunkan orang ya mak. Insya'Allah orang akan terus bersabaq macam mana mak sabaq masa didik kami dulu. 'Ya Allah..ampunkan dosaku...janganlah kerana dosaku, anakku pula yang akan menanggungnya....

Dalam dok sedih2 lepas solat Isya' semalam, cheq melayari You Tube dan ternampak beberapa video agama. Ni yang dipost oleh anak2 didik cheq dalam Facebook pagi tadi. Jadi, cheq terus melayari dan merasa amat insaf sekali...

Jadi, cheq paparkanlah buat diri cheq, suami dan anak2 kat sini...cheq terpikiaq jugak, esok2 cheq mati, sapalah nak mandikan jenazah cheq kalau anak cheq tak beratkan solatnya. Dahlah anak lelaki...nasib baik la puteri cheq tu cukup didikan agamanya..dia kuat..insya'Allah..cheq tak takut akidahnya akan terpesong...mohon Allah akan terus meletakkan kedua putera dan puteriku di landasan keimanan dunia dan akhirat...

Berbalik pada video ni...masa arwah bapak cheq meninggai dulu, kami tak dibenarkan memandikan mayatnya dengan alasan dia lelaki. Malah untuk ke kuburnya pun adik beradik bapak cheq tak bagi pi. Cheq geram sungguh masa tu..tapi apalah daya cheq...cheq dok sekolah lagi waktu tu..

Tapi 18 April 2000, masa arwah mak cheq pi buat selamanya, orang yang memandikan mayat meminta kami semua anak2 yang mandikan jenazah mak cheq. Memang satu pengalaman yang amat memilukan tapi alhamdulillah kami adik beradik telah memandikan mak....

Bapak..mak...doa cheq muga mak dan bapak kini di syurga Jannah..bahagia di akhirat sana. Jika diizinkan Allah, kita akan bertemu di sana nanti. Harapan cheq, sebelum cheq bertemu mak dan bapak, biaqlah anak2 cheq yang akan memandikan jenazah cheq...itu hadiah terakhir depa buat cheq nanti..insya'Allah..

Buat anak2 ku...hayatilah video ni...muga kalian berdualah yang akan memandikan jenazah ibu ni satu hari nanti bila ibu menjadi tetamu Allah nanti..itu wasiat terakhir ibu pada adik dan kakak...jangan hampakan ibu ya.... adik dan kakaklah harta dunia akhirat ibu..


Salam kasih sayang buat anak2ku berdua....muga kalian tidak sesekali akan mengabaikan solat dan akan menurut segala perintah Allah SWT..Insya'Allah..
Ibu.

No comments: