Assalamualaikum wb..
Masih belum terlambat cheq nak ucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua. Ucapan yang sering kita dengar namun berapa ramai dari kita yang betoi-betoi menghayati ucapan salam tu. Apa yang nak dihijrahkan? Apa yang perlu berhijrah? Sapa? Dimana? Bagaimana? Tentulah semua tu yang menjadi persoalan pada yang memikir dan menghayati Ma'al Hijrah.
Tapi cheq percaya, ramai yg dok ada takat dok bagi salam saja. Cheq bukan ustazah tapi cheq nak ajak pembaca blog cheq ni berbincang sama. Muga semuanya akan menjadi ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah.
Penghijrahan - bagi cheq definisi hijrah tu masuknya berubah...dari hak yang tak baek pi jadi baek. Tok sah dok hidup menyakitkan hati orang tak sudah2. Yang dah dok buat tu la yg sudah-sudah...berenti la. Jangan hidup yang singkat ni dipenuhi dengan aktiviti buat hati orang sakit. Mak cheq selalu pesan, hidup ni sedaya mungkin bagilah orang suka kat kita. Kalau orang dah meluat, esok kita mati nanti kot orang tak mai jengok. Habih, kita nak bangkit berjalan pi masuk kuboq sendiri ka? Sebab tu la kita kena sedaq, hidup ni singkat. Buatlah baik selagi mampu. Kawan baek cheq pun selalu berpesan, "Buat baek berpada-pada. Buat jahat jangan sekali!". Tapi cheq ni tak serik2 buat baek kat orang..sebab tu cheq selalu terkena balik. Tapi cheq redha. Memanglah cheq sedih tapi bila kita buat baek kat orang kita tak harap pon balasan. Kalau dia tau bersyukur dan berterima kaseh kat kita, alhamdulillah. Kalau dah jenis tak mengenang budi, kita nak buat lagu mana? Nak ungkit2 balik apa kebaikan yang kita dah buat kat dia? Tu tak ikhlas namanya. Biaq pi la kat dia. Orang macam tu, rasanya daripada lani dia kena prepare jadi hantu cina. Sebabnya? Sebabnya dia kena meloncat-loncat sendiri masuk kuboq...orang meluat. Masa hidup tau dok bagi sakit hati orang saja!Bila dah ke'ot tu berjalan pi la sendiri masuk kuboq tu. Kalau tak boleh berjalan, tu yang kena loncat tu. Nau'uzubillah. Cheq mintak dijauhkan jadi lagu tu.
Cheq tak mau hentam sapa-sapa. Sebab bila cheq baca blog sorang ni (sekoq ni mungkin jugaklah, sebab perangai mcm hak ada ekoq. Tak tau berkawan dengan orang!), kerja dia doh boh orang sedap2. Yang hak elok dia semua..hak yg tak elok orang tu orang ni. Tak pernah nampak salah sendiri. Patutlah semua orang meluat kat dia. Lidah berapa cabang tak tau la. Pandai bermuka-muka pulak tu. Talam seri muka, talam tak berseri dan bermuka-muka semua ada kat dia. Tapi, biaq pi la. Orang macam tu dia rasa dia boleh berjaya dengan memburukkan orang...biaq dia rasalah bila sampai masa Allah Ta'ala buat perhitungan kat dia. Marah-marah cheq pon, cheq doakan satu hari dia belajaq menghormati orang. Jangan biadap sebab orang akan kata, "Anak sapa lah tu?" Yang kesiannya mak bapak lah yang akan disalahkan awat tak ajaq anak hormat kat orang. Cheq dulu kesian tengok deni lone ranger tapi lani baru cheq paham, awat tua muda semua meluat kat dia. Hidup tu dok asyik mengadu domba saja. Takkan cheq boleh berjaya cheq oi buat lagu tu? Dahlah dok berselindung di balik imej Islam, tapi hakikatnya dok buruk orang tu orang ni. Cheq..pintu taubat masih terbuka. Masih ada masa nak membetoikan keadaan. Cheq ni kesian kat cheq tu. Kesian kat mak bapak. Dosa kita ni mak bapak kena tanggung juga. Cheq berentilah buat perangai dok racun orang sana sini. tak baek cheq...Allah murka. Allah benci dengan sifat kita yang suka memutuskan silaturrahim...kita sepatutnya suka bila semua orang hidup dengan aman. Kita ni orang Islam cheq oi..Allah mengajaq kita buat kebaikan bukan mengajaq kita ke arah kemungkaran. Cheq tu lebih tau apa yg cheq ni kata...rasanya belajaq agama lebih dari orang lain...InsyaAllah, buka pintu kemaafan buat diri sendiri supaya cheq dapat memafkan kesilapan yang dah cheq lakukan pada orang2 disekeliling cheq selama ni...
Ok la..dah tengah malam ni. Hati cheq rasa hiba sangat..sebab tu cheq rasa di bulan yang penuh barakah ni, mai la kita rapatkan silaturrahim. Tak dak apa yang kita dapat dengan berhasad dengki kat orang. Memutuskan silaturrahim orang dikelling kita atas sebab kita berkepentingan atau kita nak capai sesuatu cita-cita, tanya diri kita balik, "Berkatkah perbuatan aku ni? Tak berdosakah aku nak naik dan aku dah jijak begitu ramai kepala orang atau yg ramai yang hati depa aku dah sakitkan? Allah akan restu kah perbuatan aku yg hina ni?". Istigfar banyak dan InsyaAllah kita akan jumpa jalan yang benar.
Cheq nak mengajak semua orang, terutama diri cheq dan keluarga serta sahabat handai..mai lah kita buat penghijrahan iman. Jika iman kita begitu rapuh dan menurut godaan syaitan 'qorrin', maka akan terbuai-buai lah kita dengan janji palsu syaitan yang bersifat sementara. Carilah sifat-sifat yang diredhai Allah. Hidup la dengan harmoni. Kalau ya pon kita dok selalu sangat tengok gambaq hantu, takkan lah kita merancang nak jadi hantu cina, nak meloncat masuk kuboq sendiri sebab kita kongkang tak tau bercampoq dengan orang sampai mati pon orang tak mau mai angkat mayat. Nau'uzubillah...minta dijauhkan keadaan lagu tu..
Cheq minta maaf kalau bahasa cheq kasaq. Tapi cheq bukan berniat nak mempersendakan kaum cina. Dak aih..kat tv yg tunjuk kalu hantu cina mesti meloncat. Tak lebih dari tu kenyataan cheq ni.Tapi inilah hakikat yang kita perlu perjelaskan dan sama-sama pikiaq. Ikut hati mati..ikut rasa binasa. Bekerjalah dengan penuh jujur, jangan menipu sana sini dan dok buat cerita itu ini. Itu fitnah namanya. Dosa fitnah tau kan azabnya lagu mana...insaflah..semuga pintu taubat masih luas terbuka...
Apa yang cheq cakap kat sini, cheq awai2 peringat kat diri cheq sendiri. Muga Allah terus beri kekuatan untuk cheq menghadapi segala dugaan. Yang benar tetap benar. Yang pahit tetap pahit, kelat dan beracun. jauhi diri anda dari terus-terusan melakukan kemungkaran. Allah sentiasa melihat kita..takutlah pada Allah kerana balasan Allah itu sangat azab...kiri kanan kita ni ada malaikat nungkar dan nakir..depa catat segala perbuatan kita. Kita tak boleh lari pi mana dah. Bertaubat lah cheq oi...bertaubat lah..
Salam Ma'al Hijrah...muga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dan sentiasa dalam lindungan dan keberkatanNya...
Yang betoi tu hak Allah, yang kurang dan bersalah tu cheq la yang punya..cheq pikui tanggungjawab tu...
Selamat Malam...Kia Ora...muga kita jumpa lagi dalam warkah dan perkongsian ilmu yang tidak sepertinya ini....
Aassalamulaikum wb...
Awat Cheq.
12.37malam..
No comments:
Post a Comment