Quotes of The Day

He who asks is a fool for five minutes, but he who does not ask remains a fool forever.



"I would rather have a mind opened by wonder than one closed by belief." - Gerry Spence

Monday, 23 January 2012

Self-Esteem

Salam. Actually cheq blur sikit malam ni. Too much Korean dramas. Tapi dah 9 bulan cheq tak tengok...wooo..miss gila. Tapi gila tak tengok drama Korea lebih baik dari gila tengok orang dok berdrama dikeliling cheq tak habih2. Dari satu bab ke satu bab..satu pun tak masuk akai.

Sikap double standard, bermuka-muka, cakap lain buat lain, lidah putaq belit. Tuhan sajalah yg tau betapa letihnya cheq dgn drama2 murahan ni. Tapi salah cheq juga sebab biaq depa buli cheq. Mana pi diri cheq yg selama ni ' a fighter'? Mungkin cheq dah tua..lagi satu yg selalu stop cheq dari melawan mcm dulu bila cheq pikiaq gelaran mak aji cheq.

Penat2 berpuluh tahun simpan duit pi Mekah dan melalui serta mengharung pelbagai dugaan di sana dengan mengharapkan haji mabrur, cheq nak korban ikut nafsu amarah cheq melayan kerenah org2 bodoh ni? Tak payah la..tu la cheq dok bersabaq banyak...walaupun kadang2 tak tahan juga..

Tapi alhamdulillah seminggu ni, cheq dapat kawai amarah cheq. Cheq langsung tak bercakap...pi keja balik keja. Apa2 urusan email saja. Buat apa dok hemoi lagi dah..yg dah tak boleh ubah..biaq sajalah. Allah Ta'ala lah yg akan balas perbuatan depa kat cheq. Tak pernah sekali cheq dengki khianat kat depa..mungkin sbb cheq belum ada title permanent head damage kot..sebab tu tak tergamak nak buat sakan kat orang. Depa nak buat..biaq lah...Allah Ta'ala saksi segala perbuatan jahat depa kat cheq..

Apapun, dalam menempuh pelbagai dugaan ni, Allah bagi juga ganjaran kat cheq. Cheq malu sebab adakalanya cheq tak sabaq dengan ujian Allah. Alhamdulillah..ayang aji cheq dapat excellent result. Walaupun cheq teringin sangat nak sambung belajaq, tapi dengan result yg dia dapat, cheq rasa bangga sangat. Macam result sendiri pulak rasanya..alhamdulillah...

Dah tu, puteri cheq pulak dapat masuk uni cheq dulu. Lagilah rasa bersyukur sangat. Dia dapat masuk dengan usaha dia sendiri. InsyaAllah cheq doakan dia dapat buat dentistry...dia teringin nak jadi orthodontist...muga Allah maqbulkan doa anak cheq tu. Bergolok bergadai pun cheq sanggup, asal anak cheq dapat capai cita-cita dia. Cheq bangga dengan anak cheq tu. SubhanaAllah aturan Allah tu sangat indah..

Putera cheq..insyaAllah dapat sambung Year 11. Cheq berdoa siang malam dia akan ubah sikap jadi anak yg taat pada perintah Allah. Anak yg tak perlu disuruh-suruh bila masuk waktu solat. Anak yang tak bebal dan anak yg mendengar kata. Anak cheq dua saja...itulah racun..itulah penawaq..cheq hanya mampu berdoa. Moga Allah bagi kat dia peluang nak buat aviation nanti. InsyaAllah..

Cheq sendiri...belum sempat cheq minta Allah dah bagi. Tapi cheq sangat terhutang budi dgn org yg bantu cheq tu. Dia sajalah yg tau sapa diri dia. Che mampu doakan agar Allah beri ketinggian iman, kemurahan rezeki dan kedudukan yg lebih baik buat dia dan keluarganya dunia akhirat. Walaupun baru kenai cheq, tapi dah all out tolong cheq. Cheq redha dgn ketentuan Allah...ini rezeki anak2 dan suami. Cheq akan terus bekerja keras demi Agama, Bangsa dan Negara. Itu janji cheq..cheq tak sabaq nak buka lembaran baru..doakan untuk cheq yg mai nanti yg betol2 nak kerja untuk agama, bangsa dan negara juga. Bukan yg ikut hati, yg tak profesional dan yg menghentam peribadi cheq tanpa sebab...

InsyaAllah..cheq mohon kekuatan dan mohon Allah bagi orang yg boleh bekerjasama dengan baik..yg tak ada personal vendetta...yg betoi2 faham bhw bekerja itu satu ibadah dlm ertikata sebenarnya..insyaAllah..macam kawan cheq kata...awan berat dah berlalu..insyaAllah tinggal awan gelap yg belum...cheq menghitung hari...semuga Allah sentiasa beri kekuatan dan kesabaran pada cheq mengharungi hari2 seterusnya..hanya padaMu Ya Rabb aku berlindung...

"La ilahaila anta..subhanaka inni kuntum minaz zalimi.."

No one can make you feel inferior without your consent..ajja..ajja..fighting!!

Saranghae..biyanae..kumbawa...
Awat Cheq.
1.01am

No comments: