Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara...
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara...
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapakah kita menjawab semua pertanyaan...
Siapakah kita menjawab semua pertanyaan...
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara...
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara...
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri ..
Tak mungkin bisa engkau lari
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati...
Kemana kita bisa lari
Mati...
Assalamualaikum wrt..
Dah lama cheq tak bukak blog ni . Hidup yang makin singkat ni dipenuhi dengan kematian demi kematian. 24 May 2015, ibu mertua cheq yang kebaikan dan kasihsayangnya hanya ada satu dalam seribu, telah kembali menyahut panggilan Illahi. Sehingga di akhir nafas beliau, arwah mak mertua cheq tak mau susahkan orang. Cheq sedih sebab selama ni cheq terlalu rapat dengan arwah. Insan yang sangat baik hati, penuh dengan kasih sayang dan yang meletakkan orang lain lebih dari dirinya sendiri dalam mencari bahagianya. Cheq hanya mampu berdoa agar Allah membalas segala kebaikannya di dunia ini dengan sejuta kebaikan di jannah nanti. Bonda mertuaku...cheq akan kenang Bonda sampai akhir hayat. Muga Allah pertemukan kita sekali di sana nanti dan semuga jannah la tempat pengakhiran kita semua.
Yang paling cheq sedih , cheq tak sempat jumpa arwah. Selalunya dia la yang paling 'excited' pada 25 May setiap tahun melebihi suami cheq sendiri kerana pada tarikh ini kami disatukan dalam satu pernikahan yang penuh bermakna. Kerana cucoq badak mak mertua cheq la kami dipertemukan..mungkin cheq kena buat skrip, :Cinta Cucoq Badak Kelawei"...Cheq pon dah jumpa balik kawan sekolah lama yang kini jadi penerbit filem. In shaa Allah, mungkin cheq akan bukukan penulisan cheq tentang bonda untuk diabadikan memorinya.....
Panggilan Illahi yang kedua menyaksikan pemergian Teh atau Tok Teh pada 4 June 2015- panggilan manja anak2 cheq pada arwah. Seumur hidup tinggal bersama tiga beradik sejak ditinggalkan suami kerana bercerai mati. Tiada zuriat penyambung waris, namun limpahan kasih sayangnya pada anak2 cheq tak mungkin cheq mampu balas. Cheq bersyukur, walaupon tak sempat balik jaga mak mertua cheq, cheq mampu laksanakan tanggungjawab cheq pada Teh. Cheq sempat menjaga di hospital dan menjaga Teh di rumah. Yang paling menyedihkan bila cheq menguruskan mayatnya . Sedih bila tiada anak untuk menguruskan jenazah seorang bonda.
Muga Allah akan amponkan segala dosa Teh dan segala kebaikan Teh yang akan melayakkan Teh terus ke syurga tanpa dihisab. In shaa Allah kami akan menjaga dinda Teh, Chik selagi hayat dikandung badan. Jasa Chik pada kami sekeluarga bersama Teh tak mungkin akan kami lupa. Makaroni bakaq Teh, bengkang, dan yang paling akan kami rindui acar buah Teh dan Chik. Alhamdulillah dah beberpa kali acar Teh terlepas di bumi Aotearoa ni.
Teh..damailah dan tenanglah Teh di sana...Al fatihah.
Orangnya penuh seni, kelakar dan adakalanya satu anugerah Allah yang sukar dimengertikan. Pak Su Amin atau Tok Su, ciptaan Allah yang mungkin kurang dimata manusia tetapi hakikatnya kurniaan Allah yang sangat sempurna. Walaupun cacat penglihatan, namun Pak Su amat tajam derianya. Cheq ingat lagi, kalau cheq turun tangga, dari jauh dia dah teka kata itu cheq. Hanya kerana dentingan loceng di buku lali kaki cheq, Pak Su dah tau siapa gerangannya.
Satu lagi, pengecaman Pak Su bila cheq ada di rumah, bila cheq masak. Hanya kerana masakan cheq banyak guna bawang putih, Pak Su dah tau cheq yang tengah dok masak. Insiden-insiden lucu pasai bawang putih ni takkan cheq lupakan.
Alhamdulillah, Pak Su juga cheq sempat jaga selama 5 minggu. Walaupon penuh dugaan, namun cheq pasrah kerana detik hati cheq mengingatkan cheq yang mungkin Pak Su tak akan panjang usianya. Dengan raut wajah dan suaranya yang semakin berubah dik kerana hanya Allah yang tahu, cheq dok agak dah...Allah akan jemputnya selepas kekandanya..walaupon sedih, tapi itulah yang terbaik buat Pak Su. Cukuplah dengan kesabaran dan dugaan yang perlu ditanggungnya...biarlah Pak Su kembali kepada penciptanya dan 'melihat' penciptanya buat ke sekian kalinya....
Yang terakhir 2 Sept 2015 (cukuplah buat tahun ini...), orang yang paling cheq sayang seperti ibunda sendiri iaitu makcik Sham atau panggilan manjanya pada kami semua - "Sham". Bukan tiada tanda hormat padanya dengan hanya panggilan nama, tetapi keakraban kami sukar diterjermahkan dengan kata-kata. Yang pasti kami sangat akrab.
Sham...dah 21 hari Sham tinggalkan Cheq...tapi Cheq masih tak boleh lupakan pelukan terakhir Sham kat Cheq masa Cheq nak balik tu. Walaupon tika tu, Cheq sikit pon tak sangka itu pelukan terakhir Cheq, tapi Cheq merasakan keanehan bila Sham menangis kali terakhir tu. Selalunya Sham akan tenang dan teruih memberikan sokongan pada Cheq untuk terus tabah di perantauan. Tapi kali terakhir tu, Sham hanya menagis dan meminta ampon dan maaf kat Cheq.
Sham, cheq la kena minta ampon dan maaf kat Sham. Terutama semasa peristiwa Sham hilang di Makkah tu. Cheq panik dan takot sangat hingga Cheq hilang sabaq dan marah Sham depan orang. Tapi itu ruapanya peringatan Allah yang Allah akan 'hilangkan' Sham dari dakapan Cheq selama-lamanya. Cheq minta maaf Sham..Cheq minta ampon. Che minta amponnnn .....
Apapon, cheq bersyukur niat Cheq untuk bawak Sham menunaikan umrah telah pon dimaqbulkan Allah. Alhamdulillah ... sempat Sham menjadi tetamu Allah. Cuma jagaan Cheq saja yang tak sempurna atas kemahuan Sham juga. Cheq kecik hati Sham tak mau bagi Cheq tolak kerusi roda Sham dan kehilangan Sham menyebabkan ketidaksabaran Cheq. Amponkan Cheq naa ...
Musim bunga di Aoteroa ni pasti akan bermakna kalau Sham masih dipanjangkan usia untuk bersama kami disini. tentu Sham suka dok sini . Jiwa pasti tenang dengan keindahan bumi Aotearoa. Tapi Cheq yakin, Sham kini di taman syurga dan tentunya Allah temuka Sham dengan bunga dan kehiduapan yang lebih indah. Sham terlalu istimewa. Kebaikan Sham yang melimpah ruah pada kami sekeluarga dan pada anak-anak kandung Sham sendiri tentu besar ganjarannnya. Hanya Jannatul Firdaus untuk insan sebaik Sham...cheq pasti Sham...Cheq pasti..
Ni malam Arafah dan Cheq masih di pejabat menyiapkan 'chapter' pengajian cheq. Cheq dah terlalu banyak mensia-siakan masa. Cheq harus kuat Sham..cheq harus kuat untuk merealisasikan permintaan mak. Cheq akan berusaha dengan bersungguh-sungguh mulai detik dan ketika ini. Cukuplah pemergian insan-insan tersayang dalam hidup Cheq...Cheq sudah tak mampu menghadapi pemergian sesiapa lagi...
Ya Allah..kesiankanlah diri cheq ni..hidup ni harus diteruskan. Berikanlah kekuatan pada Cheq Ya Allah..
Hanya kepadaMu Ya Allah Cheq bersujud memohon segala keamponan...buat kedua ibubapa Cheq, buat Sham, datuk dan nenek Cheq, buat mertua Cheq dan keluarga serta kedua anak Cheq yang tak sempat mengecap nikmat dunia. Walaupon cheq tak sempat lahirkan mereka ke dunia yang fana ini, cheq pasti Allah akan temukan anak2 cheq bersama Abah Kent, Kakak Yana dan Abang Khasyi satu hari nanti..
Ya Allah...terimalah segala ibadah korban kami dan kami mohon pengamponan dariMu Ya Allah...peliharalah kami di bumi Aotearoa ini, realisasikan impian kami dan peliharalah kami dalam limpahan rahmat dan kasihsayangMu...
Salam Aidl Adha ....muga pengorbanan kami diberkati olehMu Ya Allah..
Sehingga tiba saat itu...peliharalah kami dalam dakapan kasihMu Ya Allah..
Allahuakbar Allahuakbar Allah Walilla Ilham...
MU, Turitea.
23 Sept 2015.
No comments:
Post a Comment