Assalamualaikum wrt dan Salam Jumaat Yang Penuh Baraqah..
Hari ni genap cheq tak berblog selama setahun. Banyak dugaan sejak setaun yang lalu. Tapi cheq pasrah sebab cheq tau Allah sayangkan cheq dan nak uji kekuatan cheq. Ternyata dalam banyak keadaan cheq tewas dan cheq kembali merintih kpd Allah kerana sesungguhnya Allah memang mau kita sentiasa meminta kepadaNya..hanya kepadaNya. Ampunkan cheq Ya Rabb kerana sering alpa dalam mengingatiMu...
Hari ni cheq nak luahkan hati pasai peranan dan tanggungjawab media. Kalau dulu dalam social studies lecture, cheq seronok berbicara dengan anak didik cheq pasai "The role of social media in society".
Cheq sedih bila saban hari dok baca berita-berita di Malaysia ni yang langsung tidak mencerminkan etika kewartawanan. Cheq kata lagu ni pasai depa siarkan berita-berita yang hanya nak bagi laku paper depa saja. Bukannya dengan tujuan untuk mendidik dan berperanan dalam menterjemahkan kebertanggungjawaban memberi informasi yang membina. Haaa...tu dia..lama tak menulih bahasa ilmiah nooo...
Setakat yang cheq dok baca (dan selalunya nak termuntah hijau!) adalah berita yang akan merosakkan akhlak bukan saja anak muda tapi pelbagai peringkat masyarakat. Berita rogol, lucah, perlakuan sumbang dan entah apa lagi jenama lucah yang tidak masuk akal! Malah ada paper yang begitu gigih mencari berita luar negara untuk didpaparkan dalam akhbar tabloid mereka di Malaysia. Memalukan! Contoh: Ditangkap rogol lembu! Apakah??? Berita seumpama ini mampu mendidik pembaca? Tajuk berita seperti Bapaku Suamiku yang diambil dari Amerika, apakah tujuan didikannnya? nak galak lagi ka sumbang mahram? Yang dok ada tak cukup ka?? Astagfirullahalazeem..
Cheq jadi gusar..jadi kelu lidah..awat sampai lagu ni tahap pemikiran wartawan di Malaysia? Kalau bab melagakan orang, serahlah kat wartawan! Detu kata lagu ni, depa repot lagu nu..habih berantakan kepala hotak pembaca dengan berita yang disensasikan. Kena pula yang keluaq kenyataan pon samdol bagai...cakap macam otak kat lutut pon tak dak...adoi laaa..awat la jadi lagu ni...
Dipendekkan cerita, boleh dak wartawan ni menjadi lebih beretika. Report bahan yang boleh memberi kesedaran bukan dengan caption tajuk2 yang lucah dan initpati yang langsung tidak mendidik. Kalau ya pon berita lagu ni nak dijadikan pengajaran, tulih la dengan penuh berhemah. Tok sah dok pikiaq nak bagi laku paper hangpa saja. Pikiaq la nasib anak bangsa dengan cara penulisan hangpa tu.
Cheq banyak kerja nak buat ni. Cukup la kali ni. Jom kita ubahcara pemikiran kita. Kalu ada lagi paper dok merapu meroyan macam ni, tok sah dok beli la...biaq paper depa tak laku. beli dok buat jahanam pemikiran saja, beli buat apa.
Jadi, ok la. cheq nak berundoq diri sat. Lain kita kita sembang intelektual lagi. Tok sah dok stress sangat na..macam omputeh kata, "It's not worth it!"..
Tata titi tutu for now..
Salam ...
Awat Cheq.
No comments:
Post a Comment