Assalamualaikum wrt...
Hmmm..lagu mana cheq nak mola pun tak tau aih...tapi yang cheq tau, darah cheq yang tak pernah skyrocket rasanya dah sampai ke planet Marikh! Ni gara-gara Apek sekoq ni (hangpa nak kata cheq racist pon katalah...sebad dia memang Apek..nak kata lagu mana dah..).
Mendidih darah cheq bulan2 posa ni bila tengok video budak yg baru mungkin 15 tahun kena terajang kat muka. Dah la budak tu kecik, hangpa ikat dia dan boh penerajang kat muka pulak! Pasai apa kuang ajaq sampai lagu tu? Kalau bangsa depa sndiri, ada depa nak belasah terok2 macam tu? Kalau ya pon hang marah sangat, hang sekeh kepala dia 2-3 kali sudah la...tak pon hang boh penampaq sedaih dua. Ni dak! hang pon penerajang kat muka dengan kasut?? Ni lu sudah lebih Apek...gua olang Melayu manyak pantang lu kakikan muka itu budak! (eh awat cheq bunyi cina pulak...pasaipa tak tau!)..
Anyway, cheq tak kata budak tu tak bersalah. Yes, hangpa dah tangkap dia mencuri, pangge polis angkat bawak pi balai. Tok sah dok jadi penghukum rimba mai dok terajang muka orang suka-suka! Awat lu ingat dia tak dak mak bapak ka...
Nasib hang baik la apek, yang dok menyeranggoh kat tepi jalan tu tak buat apa pon! Boleh dok tengok saja budak tu kena terajang kat muka!! Kalau cheq ada tang situ, memang cheq nanti slow talk dekat hang pek. Kalau hang tak mau dengaq..cheq punya suara nanti naik siren. Lepas tu cheq akan talipon polis pangge mai angkat budak tu, sekali angkut hang Apek! Apa hang ingat negeri ni tak dak undang2 ka...suka suka hang nak rembat muka budak tu. Dia salah, bawak pi balai. Lepaih tu hang dakwa dia...biaq dia kena masuk Henry Gurney ka apa ka. Tak pon biaq polis siasat awat budak tu mencuri, mungkin lapaq ka...adik2 tak makan lagi ka...bangsa hangpa memang dah kaya raya pasai tu hangpa lani semua tak jadi kongsi gelap dah. Dulu zaman hangpa susah hangpa pon dok gagau barang orang jugak. Check la dulu Apek..apa lu buat manyak kuang ajaq la Apek..
Apapun cheq harap polis akan cari deni sampai dapat! kalau kes #CDM25 cepat2 depa ambik tindakan, kalau kes ni polis tak amik tindakan memang saja la...isshkk...mana nilai kemanusiaan di bumi Malaysia ni.
Kot kata sebab dok kempen 1Malaysia jadi lebih rapat, lebih baguih. Tapi rupanya lagi caca marba dok jadi dalam negeri. Tak kira la budak tu hitam, putih, cokelat, kelabu taik anjing ka..tapi dia tetap sorang manusia...budak pulak tu! Tak dak hati perut betoi..
Apapon cheq harap sangat Tan Sri KPN akan ambik tindakan segera. Tok sah dok bagi chance kat depa. Awat negeri ni tak dak undang2 ka..ishhh,..
OK la..cheq nak chau dulu...hilang pahala posa dok merengkam macam ni..
Yang adik pon, walau apa alasan, janganlah dok mencuri, banyak cara lain dik oi nak cari duit. Jangan cari jalan mudah...usaha la...in shaa Allah akan bagi rezeki yg halal kat kita....bawak2 insaf la adik na..buta pakkare saja hang kena..tobat nasuha hang jangan buat dah adik no..aunty doa ni..ikhlas..hang ubah perangai naa...
Ok la..Salam Ramadan ...muga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar..
Salam kasih sayang,
Cheq
1.36 tghri.
-----------------------------------------------------------------
Polis buru lelaki belasah remaja
KUALA LUMPUR – Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.
Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.
“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.
Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.
Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.