Quotes of The Day

He who asks is a fool for five minutes, but he who does not ask remains a fool forever.



"I would rather have a mind opened by wonder than one closed by belief." - Gerry Spence

Friday, 9 December 2011

General Election di Aotearoa..

Salam Pilihanraya pada semua (Katanya dah dekat dah...)

Alhamdulillah..masa cheq di NZ ni cheq dapat satu pengalaman berharga. Tu yg cheq nak kongsi di sini. Demi Allah bukan tujuan cheq nak hukum atau bantai mana-mana pihak, sekadar berkongsi pengalaman pilihanraya di sini.

General Elction di NZ ni sangat mudah. Tidak ada skandal peribadi mau pun hang serang pi aku serang mai. Benda yang tak betoi difitnah sana sini nampak lagu betoi! Yang hak betoi2 jadi, mati-mati dipertahan oleh penyokong2 tegar yang menganggap pemimpin depa tak pernah buat salah dan dosa langsung. Cheq tak mau bagi contoh sebab mungkin contoh cheq pun akan tergolong dalam kumpulan fitnah dan dosa besaq. Biaq la pembaca blog ni (kalu ada la..) yg buat keputusan sendiri.

Yang cheq nak cerita general election disini. Secara umumnya general election disini sangat mudah. Tak da kempen sana sini, baling botoi ayaq, maki hamun dan keluaq semua cerita-cerita yang sangat menyedihkan. Habih budak2 yang tak tau apa , pi jadi tau. Kita mak bapak di rumah diajukan soklan2 yang tak tau nak di jawab. Umpamanya, "Ibu, apa makna L***t?". Lagu mana nak terang kat anak2? Last-last, kena kelentong kot lain supaya situasi yang 'akward' dgn anak2 dapat dielakkan. Ooops..tadi cheq kata cheq tak mau bagi contoh kannn..tapi nak perjelaih..kena bagi la contoh mengarut lagu tu..cheq pening bila anak cheq tanya...muga Allah jauhkan anak2 cheq dengan perangai merapu dan dilaknat Allah lagu tu..

Yang depa buat disini ialah debate..atau debat kata orang Melayu. Debat pada peringkat daerah, kawasan dan peringkat nasional. Maknanya di TV, PM dan Ketua Pembangkang berdebat..bukan main hentam soal  peribadi tapi debat apa yang depa boleh bagi kat rakyat. Manisfesto hanya menjelaskan apa yang rakyat boleh dapat kalu undi depa.

Diperingkat daerah, adun2 yang akan bertanding akan berdebat di dewan komuniti atau lebih kurang macam kat balai rakyat lagu tu la. Sama juga, debat apa yg depa sebagai wakil rakyat boleh bagi kat rakyat kalu undi depa. Sangat lah straight forward.

Masa berkempen, depa tak dak guna blog hentam orang dedah rahsia peribadi atau apa2 sajalah yg pelik2. Tapi depa buat ceramah untuk menjelaskan apa yg depa boleh buat untuk rakyat tempatan. Tak dak dok gantung bendera sana bendera sini. Poster sana sini, jauh lagi la poster hak dok maki orang. Poster depa disini ada gambar depa dan slogan yang boleh menarik undi yang sangat positif bunyinya.

Sehari sebelum mengundi, depa kena bawak turun poster tu. Tak boleh ada poster2 lagi masa hari mengundi dan tak boleh pancing undi masa hari mengundi. Jauh sekali la depa nak baling2 botoi ayaq kat orang atau terlentang tengah jalan tak bagi orang pi mengundi. Ish..lemaih kalau dok pikiaq cara penyokong2 parti kita di tanahair...tak professional langsung..

Selepas keputusan di umumkan pun, tak da la tuduh menuduh pasai pengundi hantu la atau sebagainya. Cheq pernah jadi kerani mengundi dulu masa di Keramat..depa ingat senang ka nak wujudkan pengundi hantu. Wakil semua parti dok ada dalam dewan, kot mana nak bawak hantu masuk. Tu pendapat peribadi cheq, cheq tak mau komen..tapi setahu cheq..semua tu tuduhan orang yg kalah saja...

Kat NZ ni...orang yang kalah terima kekalahan dengan cara yg cukup matang. Malah berazam untuk terus memberikan perkhidmatan walaupun dah kalah. Tak dak lah dok tojah2 kepala sapa pun. Depa terima kekalahan dengan macho dan ayu sekali. Hak pompuan ayu la..hak lelaki tu macho la. Kata depa, kali ni rakyat tak mau depa, tapi depa akan terus berusaha agar rakyat akan terima depa dalam pilihanraya dalam 3 tahun lagi. Sikit punya positif dan profesional ka sikap lagu tu..haa..macam tu la kita kena ikut...

Depa sini pulak ada sistem MMP..Mixed Member Propotionate..maknanya, parti kecil yang menang, dijemput oleh parti yang menang major untuk turut menganggotai kerajaan. Maknanya, mereka bersatu membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat.

Cheq dok tanya lah diri cheq, awatlah negara tanahair tercinta cheq tak boleh jadi lagu tu. Mai la kita bersatu..apa salahnya. kalau tak bersatu, alamat kita ni semua akan jadi melukut ditepi gantang. Akan tergadai lah tanahair dan maruah kita...Demi Allah dan demi tanahair tercinta, mai la kita duk semeja..berkelai puas2 lepas tu berbaik la demi anak bangsa dan tanahair. Apa akan jadi pada generasi kita kalu kita dok hentam pi hentam mai...esok2 anak cucu maki kita walaupun kita dah ke liang lahad sebab kita tak reti nak bersatu..

Cheq bukan orang politik tapi cheq harap sangat, mai la kita bersatu balik. Kita hidopla dengan aman damai noo...insyaAllah selagi kita ikhlas, kita akan selamat donia dan aherat...

Ok La...lain kali cheq nak tulis pasai All Blacks pulak...tata titi tutu for now...

Awat Cheq
Penang.
9 Dec 2011

Sunday, 4 December 2011

Happy Birthday To Me...

Hehehe..funny as it sounds...Happy Birthday to me! Well...I don't really plan to write much now as it is getting rather late. I had Perwakilan Dinner just now..year end dinner and was quite taken aback, in the midst of our many jokes among Perwakilan members, we were shaken by a 5.7 scala richter quake! I immediately stopped making jokes as a friend broke down worrying that her bad dream might just come true. Can't blame her though. But keep assuring her that it was just a bad dream!

Back to my birthday...huh..I'm ___ years today. I've lived that long? It felt like it was yesterday I was a softball star and an athlete craze at Penang Stadium. But that was 30 years ago? Oh no..don't go there. Stop calculating my age. One student just said, "Come on Aunty...it's just a number!"..Yeah right...one scary number. Hahaha...

Birthday has always been so special to me. Don't know why...I guess I like making people happy and I deserve to be happy on my birthday too, I guess. Ishh..I hope I don't sound so calculative..hahaha..

Well..nothing much this year...Happy Birthday to me. I have lavished myself the past few days with All Blacks items. Thought of getting a watch for myself..or a white gold ring..but honestly I already have more than a dozen of those. Hurm..I better stay home tomorrow..otherwise I'll end up buying things that I don't need...I hope my ayang haji will think of one nice gift for me..well if he remembers my birthday of coz!

Well me...Happy Birthday...(gotta go..laptop battery getting weaker...I'm getting sleepy too..running out of battery myself...hahah...)

Plan to write about my Rugby Award experience with my princess..(hah..that was a good birthday present!)

And yessss....finally my phone is trotting...he remembers! Thanks Ayang Haji...gotta go..chauuuu....


Wednesday, 30 November 2011

Mari Bersenam

Assalamualaikum wb...

Salam semua. Semalam cheq sentimental sikit sebab sedih mengenangkan penghijrahan iman yang tak berlaku dengan orang2 disekeliling kita dan mungkin juga dengan diri cheq sendiri.SubhanaAllah. Cheq mohon petunjuk dan bimbingan dari Allah sentiasa.

Macam cheq katalah..marah-marah cheq kat orang pon, cheq cepat maafkan orang. Kalau dok mai buat muka welfare, mata kuyu, cheq cepat cayaq. Itu kelemahan cheq. Tapi kalau dok mai jerkah orang, main fizikal..tarik baju orang ka, tarik rambut org ka, toreh kereta orang ka, hentam org kat blog ka, etc, etc....molalah temperature cheq nak go upstairs.
Ada ka toreh kereta orang, toreh pokok getah pon ada jugak hasilnya. Apapon cheq berdoa, agar semua kita akan ada penghijrahan iman..insyaAllah..cheq ikhlas dengan doa cheq ni..

Anyway, cheq bukan nak sambung pasai semalam. Cheq nak cakap pasai bersenam. Tadi masa cheq bukak website nak baca email cheq, ada satu berita yang budak 8 tahun dirampaih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di USA dari keluarga dia kerana mak bapak budak tu dianggap bertanggungjawab kerana budak tu dah obese! Bayangkan 90kg! Umoq baru 8 tahun! Sepatutnya kata pegawai tu, umoq budak tu 8 tahun, berat dia cuma dalam 27kg saja. Mak aiii....3 kali ganda tu....berat..berat...

Nasib baik lah anak-anak cheq masa kecik saja montel..dah besaq2 ni depa pandai jaga badan. Anak pompuan cheg turun mendadak berat masa dia form 3 kalu tak silap..masa tengok dia, cheq teringat la masa cheq kat sekolah dulu...fuyooo..cun habih chq ni tau..tak pernah lebih dari 45kg!! Kurus tuuuu....lani tok sah dok tanya lah...tanya pon cheq tak mau jawab!!! Putus sahabat kalu dok tanya berat cheq berapa!!!

Anak lelaki cheq, bila mai sini terus hilang 14kg! Hari2 dia berjalan pi sekolah. Dah tu dia rajin dok pi exercise - rugby la, bola la...baisikal la...rajin dah budak tu lani..dulu berat pungkok. Kalu main bola pon, nampak sangat dia malaih nak hambat bola tu...Lani..macam kakrus...ringan nampak body dia...

Cheq teringat jugak la..abah dia pon bukan main slim masa muda-muda dulu. Maklum lah, dia pon rajin bersokan macam cheq tapi tak la sampai jadi state runner ka...state player kaa....hihihi...perasan la sat..nostalgia..nostalgia...

Hmm..dah besaq2 anak cheq berdua ni...moga Allah sentiasa pelihara kesihatan depa.

Ni nak cakap pasal exercise. Awatlah tak tau..lani cheq malaih sunggoh nak pi exercise. Setan dok bergayut ja kat hati kata, "Tok sah do terok2 pi exercise..hang tidoq lagi baik. Dah la hang stress kat tempat kerja. Hang pi exercise lagi la hang penat!"

Jahat kan setan tu...tapi cheq dok ikut jugak cakap dia walaupun cheq tau dia setan...ishh..cheq perlukan motivasi. Petang ni balik keja..nak lawan gedebuk gedebak dgn setan tu petang ni. Cheq nak kuatkan iman. Cheq nak pi jalan2 dengan anak cheq sat gi. Mesti penat. Tapi orang puteh dah kata, "No pain no gain!' Cheq mesti pi..cheq nak pi..cheq nak pi...

At least minggu depan, bila cheq balik. Tentu kawan cheq nanti kata, Amboi hanggggg...kurusssss lani noooo!"

Ishh..kan best tu...huih..pasang angan2 sakan...kih kih kih...

OK la..lunch hour cheq pun dah nak habih dah ni. Cheq nak rest sat baca blog politik. Lepas ni next posting cheq akan tulis pasai election kat New Zealand. Mungkin kita semua boleh belajaq..kalu kita mau la...

OK..selamat bersenam (tu ucapan keramat kat cheq tu..kalu tak tok keramat dok pangge cepat..ish..tak mau mati lagi aih...)

Salam Senam dari cheq..(ada ka ucapan lagu tu? hahahhah...)

Awat Cheq.
1.52pm

Tuesday, 29 November 2011

Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum wb..

Masih belum terlambat cheq nak ucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua. Ucapan yang sering kita dengar namun berapa ramai dari kita yang betoi-betoi menghayati ucapan salam tu. Apa yang nak dihijrahkan? Apa yang perlu berhijrah? Sapa? Dimana? Bagaimana? Tentulah semua tu yang menjadi persoalan pada yang memikir dan menghayati Ma'al Hijrah.

Tapi cheq percaya, ramai yg dok ada takat dok bagi salam saja. Cheq bukan ustazah tapi cheq nak ajak pembaca blog cheq ni berbincang sama. Muga semuanya akan menjadi ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Penghijrahan - bagi cheq definisi hijrah tu masuknya berubah...dari hak yang tak baek pi jadi baek. Tok sah dok hidup menyakitkan hati orang tak sudah2. Yang dah dok buat tu la yg sudah-sudah...berenti la. Jangan hidup yang singkat ni dipenuhi dengan aktiviti buat hati orang sakit. Mak cheq selalu pesan, hidup ni sedaya mungkin bagilah orang suka kat kita. Kalau orang dah meluat, esok kita mati nanti kot orang tak mai jengok. Habih, kita nak bangkit berjalan pi masuk kuboq sendiri ka? Sebab tu la kita kena sedaq, hidup ni singkat. Buatlah baik selagi mampu. Kawan baek cheq pun selalu berpesan, "Buat baek berpada-pada. Buat jahat jangan sekali!". Tapi cheq ni tak serik2 buat baek kat orang..sebab tu cheq selalu terkena balik. Tapi cheq redha. Memanglah cheq sedih tapi bila kita buat baek kat orang kita tak harap pon balasan. Kalau dia tau bersyukur dan berterima kaseh kat kita, alhamdulillah. Kalau dah jenis tak mengenang budi, kita nak buat lagu mana? Nak ungkit2 balik apa kebaikan yang kita dah buat kat dia? Tu tak ikhlas namanya. Biaq pi la kat dia. Orang macam tu, rasanya daripada lani dia kena prepare jadi hantu cina. Sebabnya? Sebabnya dia kena meloncat-loncat sendiri masuk kuboq...orang meluat. Masa hidup tau dok bagi sakit hati orang saja!Bila dah ke'ot tu berjalan pi la sendiri masuk kuboq tu. Kalau tak boleh berjalan, tu yang kena loncat tu.  Nau'uzubillah. Cheq mintak dijauhkan jadi lagu tu.

Cheq tak mau hentam sapa-sapa. Sebab bila cheq baca blog sorang ni (sekoq ni mungkin jugaklah, sebab perangai mcm hak ada ekoq. Tak tau berkawan dengan orang!), kerja dia doh boh orang sedap2. Yang hak elok dia semua..hak yg tak elok orang tu orang ni. Tak pernah nampak salah sendiri. Patutlah semua orang meluat kat dia. Lidah berapa cabang tak tau la. Pandai bermuka-muka pulak tu. Talam seri muka, talam tak berseri dan bermuka-muka semua ada kat dia. Tapi, biaq pi la. Orang macam tu dia rasa dia boleh berjaya dengan memburukkan orang...biaq dia rasalah bila sampai masa Allah Ta'ala buat perhitungan kat dia. Marah-marah cheq pon, cheq doakan satu hari dia belajaq menghormati orang. Jangan biadap sebab orang akan kata, "Anak sapa lah tu?" Yang kesiannya mak bapak lah yang akan disalahkan awat tak ajaq anak hormat kat orang. Cheq dulu kesian tengok deni lone ranger tapi lani baru cheq paham, awat tua muda semua meluat kat dia. Hidup tu dok asyik mengadu domba saja. Takkan cheq boleh berjaya cheq oi buat lagu tu? Dahlah dok berselindung di balik imej Islam, tapi hakikatnya dok buruk orang tu orang ni. Cheq..pintu taubat masih terbuka. Masih ada masa nak membetoikan keadaan. Cheq ni kesian kat cheq tu. Kesian kat mak bapak. Dosa kita ni mak bapak kena tanggung juga. Cheq berentilah buat perangai dok racun orang sana sini. tak baek cheq...Allah murka. Allah benci dengan sifat kita yang suka memutuskan silaturrahim...kita sepatutnya suka bila semua orang hidup dengan aman. Kita ni orang Islam cheq oi..Allah mengajaq kita buat kebaikan bukan mengajaq kita ke arah kemungkaran. Cheq tu lebih tau apa yg cheq ni kata...rasanya belajaq agama lebih dari orang lain...InsyaAllah, buka pintu kemaafan buat diri sendiri supaya cheq dapat memafkan kesilapan yang dah cheq lakukan pada orang2 disekeliling cheq selama ni...

Ok la..dah tengah malam ni. Hati cheq rasa hiba sangat..sebab tu cheq rasa di bulan yang penuh barakah ni, mai la kita rapatkan silaturrahim. Tak dak apa yang kita dapat dengan berhasad dengki kat orang. Memutuskan silaturrahim orang dikelling kita atas sebab kita berkepentingan atau kita nak capai sesuatu cita-cita, tanya diri kita balik, "Berkatkah perbuatan aku ni? Tak berdosakah aku nak naik dan aku dah jijak begitu ramai kepala orang atau yg ramai yang hati depa aku dah sakitkan? Allah akan restu kah perbuatan aku yg hina ni?". Istigfar banyak dan InsyaAllah kita akan jumpa jalan yang benar.

Cheq nak mengajak semua orang, terutama diri cheq dan keluarga serta sahabat handai..mai lah kita buat penghijrahan iman. Jika iman kita begitu rapuh dan menurut godaan syaitan 'qorrin', maka akan terbuai-buai lah kita dengan janji palsu syaitan yang bersifat sementara. Carilah sifat-sifat yang diredhai Allah. Hidup la dengan harmoni. Kalau ya pon kita dok selalu sangat tengok gambaq hantu, takkan lah kita merancang nak jadi hantu cina, nak meloncat masuk kuboq sendiri sebab kita kongkang tak tau bercampoq dengan orang sampai mati pon orang tak mau mai angkat mayat. Nau'uzubillah...minta dijauhkan keadaan lagu tu..

Cheq minta maaf kalau bahasa cheq kasaq. Tapi cheq bukan berniat nak mempersendakan kaum cina. Dak aih..kat tv yg tunjuk kalu hantu cina mesti meloncat. Tak lebih dari tu kenyataan cheq ni.Tapi inilah hakikat yang kita perlu perjelaskan dan sama-sama pikiaq. Ikut hati mati..ikut rasa binasa. Bekerjalah dengan penuh jujur, jangan menipu sana sini dan dok buat cerita itu ini. Itu fitnah namanya. Dosa fitnah tau kan azabnya lagu mana...insaflah..semuga pintu taubat masih luas terbuka...

Apa yang cheq cakap kat sini, cheq awai2 peringat kat diri cheq sendiri. Muga Allah terus beri kekuatan untuk cheq menghadapi segala dugaan. Yang benar tetap benar. Yang pahit tetap pahit, kelat dan beracun. jauhi diri anda dari terus-terusan melakukan kemungkaran. Allah sentiasa melihat kita..takutlah pada Allah kerana balasan Allah itu sangat azab...kiri kanan kita ni ada malaikat nungkar dan nakir..depa catat segala perbuatan kita. Kita tak boleh lari pi mana dah. Bertaubat lah cheq oi...bertaubat lah..

Salam Ma'al Hijrah...muga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dan sentiasa dalam lindungan dan keberkatanNya...

Yang betoi tu hak Allah, yang kurang dan bersalah tu cheq la yang punya..cheq pikui tanggungjawab tu...

Selamat Malam...Kia Ora...muga kita jumpa lagi dalam warkah dan perkongsian ilmu yang tidak sepertinya ini....

Aassalamulaikum wb...

Awat Cheq.
12.37malam..

Thursday, 17 November 2011

Copy Paste!! No idea...

My First EidulAdha

Okay, before I start, I still owe you guys my raya story. Since my story on AidilAdha is still very fresh, I’ll write on this first. I’ll have my Aidilfitri story done after my exams. Owh owh, wish me all the best! =B

What comes across your mind if tomorrow is AidilAdha? Here’s a few:

Ouhh, boleh makan kari kambing nih. *slurps*

Okayy, lepas semayang sunat, boleh lah tunggu nak tengok lembu kena korban. Wee~

Nak pakai jubah ka jeans? Eh eh, baju kurung la, baru ada aura raya. Heh heh.

Owh wait, mana ada duit raya. Haish. *simpan purse balik*

But to me, it worked pretty differently this year. Selalu, kalu pagi raya, you can listen to takbir everywhere. Dekat radio, TV and even the nearest masjids. Tapi pagi tadi, sangat lah sunyi. I dully put my jubah on and my family were on our way to Johnsonville Community Centre untuk sembahyang sunat EidulAdha. Bukan dekat masjid pown.

And guess what?? I pegi sekolah youuu. That's why tak pakai baju kurung. Sejuk kowt! Ada kelas, langsung lah tak rasa macam raya tapi apakah daya, dah nak exam, still gotta go to the tutorials. =S Tapi, bila balik dari sekolah, I made my exquisite crème brulee. Sedap woaah, tak sangka I terer buat. Dah ada banyak peminat kowt. Muahaha!


Creme Brulee

Kat sini pown ada buat qorban but then I didn’t go coz it starts earlier in the morning and ended at 3pm-ish tadi. So, memang tak sempat nak pi tengok, so I have no idea how they do it over here. But we all dapat daging korban though. Wee~ Daging NZ sedap woo. =B


Tapi thanks to Ibu, Uncle Is and Aunty Jini, raya best lah sebab kami dapat makan Nasi Beriyani lauk ayam and kambing, turkey, steak and ice cream! Wee~ Kiwi style. Hahah. So, technically, the whole day, kerja makan ja. Hahah. So, in my opinion, raya kat NZ tak semeriah and fun macam kat Malaysia. Raya at home is still the best place. =) I miss Malaysia. I know, I gotta admit it. =S

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru..Happy Teacher's Day!!

Salam kepada semua..cikgu2..cikgi2..dan anak didik sekelian..

Pada hari ini, kita semua sangat bertuah kerana dapat merayakan Hari Guru! Hahaha..tu la ayat standard bila sambut Hari Guru kan? Cheq terkenang masa mola2 cheq nak jadi cikgu. Mak cheq kata, orang yg tak sabaq macam hang ni, suka ubah pikiran, tak buleh buat satu2 kerja lama2, NAK JADI CIKGU???

Ishhh..kalau diingatkan balik, memang la cheq tak pernah plan pon nak jadi cikgu. Cheq masuk maktab pun sebab nak chau dari Penang. Dah jemu dok Penang masa tu. Lepaih Form 6 kat Free School, cheq teruih dapat offer keja kat Ban Hin Lee Bank. Masa tu state player and state runner macam cheq ni, laku la kat bank. Sebab dulu bank aktif gila dengan sukan. Tapi hurmm..awat lani staff bank dah tak aktif lagi dah dalam sport? Mungkin duit orang Malaysia banyak sangat depa kena kira, sampai tak dan nak pi bersport2..tak pa..mungkin la kot..tu hyphotesis cheq saja. Malaih nak buktikan..isshh,,melalut kot situ plak. Cheq nak tulih pasai Hari Guru ni..

Lepas keja kat bank setahun, hanya masuk ke maktab saja peluang cheq untuk cabut dari Penang. Mungkin sebab bopren sama kot..hehehe..Al Fatihah untuk bopren lama cheq. Muga bersemadi dengan aman..InsyaAllah.

Masa cheq masuk maktab, jenoh cheq tanya diri, betoi ka aku nak jadi cikgu? Masa orientasi kena ragging terok sebab depa kata cheq ada features Tun Teja!! Sikit punya merapu ka? Macam la senior2 tu pernah tengok rupa Tun Teja. kih..kih..kih...

Anyway, dok kat maktab..MPLP selama 3 tahun..banyak kenangan indah cheq. Cheq seronok kat maktab. Games gila-gila. Masa tu slim habih. Nasya Aziz pun kalah...slim betoi..asyik sokan saja, mau tak kurus..ok..ok..tak leh sebut bab kurus..cheq sedih dan sendu...huwaaahhhh...

Lepaih 3 tahun kat mplp, cheq mintak pi Sabah atau Sarawak. Tapi mentor cheq, Pn J marah. Dia ingat cheq frust kat bopren cheq nak pi jauh2. Cheq kata dak aihhh tapi dia tak percaya. Dia suruh cheq isi borang lain. Cheq isi Melaka dengan Johor kot...lupa dah. Tapi ada la cikgu MZ ni berkenan kat cheq. Ropanya dia suruh abang dia yg keja kat JPNWP boh cheq kat KL. Cheq nak experience mengajaq kat luaq bandaq tapi dapat dalam town jugak. Apapun..alhamdulillah...cheq seronok dok sekolah tu. Banyak peristiwa2 lucu..yg dok gosip cheq nak jadi menantu Datuk la..tukang kebon bawa lari baju cheq yg cheq sidai kat rumah bagi bini dia pakai la...stalker gila tahap meroyan punya tukang kebun! Tapi sekolah tu cheq ramai sungguh kawan2 baik...Cikgu Ja..sampai mati pun cheq akan kenang jasa dia. Dia la bagi cheq pinjam jag letrik, pinggan mangkuk kat cheq masa cheq mola2 pindah dulu.Lepaih tu ada cikgu Halimah...seronok bergaya sakan dengan cikgu Limah ni..bukan hantu kak limah weyyy..cun melecun cikgu Limah kawan cheq ni...mana la dia lani agaknya...teringat juga kat dia.

Kat sekolah tu jugaklah...mak bapak students ramai yang jadi kawan cheq. Ada yang jadi macam kakak kandung bukan kakak angkat lagi dah. Lagu tu punya baik. Dia orang Filipina tapi dah macam kakak cheq sendiri. Cheq sayang kat dia donia akherat.

Macam cheq kata tadi la, ramai yang jadi kawan dan saudara di KL tu...sampai ada yg nak buat menantu! Tapi cheq rasa tak layak jadi menantu Datuk. Datuk tu ustaz terkenal seMalaya. Mana la padan dengan cheq orang miskin ni. Cheq dah janji dengan mak cheq, tak mau kawen dengan orang kaya atau yng berpangkat...tak setarap...biaq la cheq kawen dengan orang biasa.Tapi frust juga cikgu MZ tu..kesian kat dia. Tapi cheq janji dengan diri cheq..dia la sahabat cheq donia akherat. Baik sunggoh dia tu..kita cerita lain pasal dia lah noo..

Lepaih tu cheq balik Penag..jadi cikgu sekolah kat Penang lepaih cheq bertemu jodoh dengan orang Penang. Tu laa..nak cabut sangat dari Penang. Tak mau dok Penang kunun...akhirnya Allah bagi kawen dengan orang sekampung...hahaha..tapi nasib baik la dia bukan cikgu. Ayang aji cheq kerja kilang..mat spanar! Kita cerita lain la hal ayang aji cheq tu..

Lepaih tu cheq sambung belajaq...maklumlah jadi cikgu ni kena life long learning. So, cheq mai la kat Aotearoa ni sambung buat degree. Alhamdulillah Allah bagi peluang cikgu besa2 macam cheq ni mai belajaq kat luaq negeri.Nasi lemak buah bidara, che tinggai anak dan suami cheq mai belajaq kat luaq negara...sampai macam tu sekali mencari ilmu. Alhamdulillah cheq berjaya akhirnya.

Lepaih graduate..(berapa banyak lepaih daa...), cheq mengajaq sek .men. Tu pun sekolah baguih. Seronok kat situ. Mungkin sebab semangat cheq berkobar2 nak didik anak bangsa supaya pandai cakap omputih...seronok bila jumpa depa..semuanya dah jadi orang..keja baguih..baguih...tu la nikmat jadi guru. Walau rumah tak besaq, gaji tak besaq, kereta tak besaq...tapi cheq yakin selagi kita mengajaq dengan ikhlas,,saham diakherat besaq ganjarannya..wallahualam...insyaAllah.

Selepaih 5 tahun lebih, cheq sambung belajaq lagi. Jealous sebab anak murid dah ada yg buat phd...cikgu dok takat degree saja. So, cheq sambung buat masters. Sekali lagi, limpahan rezeki Allah bagi. Lepaih dapat masters cheq dapat offer masuk maktab jadi lecturer...ajak budak2 jadi cikgu pulak! Kat maktab ni pon seronok..seronok didik anak2 bangsa jadi cikgu cikgu. Tapi kat maktab cheq tak la cenge dah macam kat sekolah dulu. Tapi yang peliknya...dalam cenge2 rasanya tak dak kot anak murid yg benci. Tak tau la..harap2 tu tak dak laa...

Cohort 3 dengan Cohort 5 sampai dah jadi macam anak2 cheq sendiri. Walau cheq anak kandung 2 saja, cheq tak pernah rasa anak2 cheq sikit. Nu ramai anak2 didik cheq yang cheq sayang sangat! Dalam kelas ja buat2 cenge..biasalah..jadi cikgu! Berlakon depan anak murid tu dah jadi acara wajib. Kena juga ajaq depa macam mana nak respect cikgu kan..hehehe..

Alhamdulillah..hari ni ramai anak2 murid cheq yg dah jadi doktor, lawyer, majistret, pilot, engineer, arkitek dan cikgu2 yang berkaliber. Apalagi yang cheq mau...rasanya tak dak apa dah..alhamdulillah..selepaih 23 tahun..cheq masih seronok bergelar cikgu. Walaupun tadi ada la anak murid cheq wish..Happy Lecturer's Day...rasanya Happy Teacher's Day lebih sedap didengaq. Cheq takkan lupa asal usul cheq masa mola2 jadi cikgu dulu...jiwaku tetap guru...dulu, kini dan selamanya...heran jugak kan..mola2 dulu...tak pernah pon terpikiaq nak jadi cikgu...nak jadi cikgu..nak jadi cikguuu....hahha...

Selamat Hari Guru...tanpa guru siapalah anda hari ni...fikir..fikirkan....

Selamat Malam..dan Salam Hormat...(cehhhh...cehhh..formal habis..cikgu la katakan!heheh...)

Saturday, 7 May 2011

Salam Aotearoa

Dah tengah malam ni...tapi mata cheq tak mengantuk lagi. Awatnya tak tau la...Hari ni dah sebulan cheq di bumi Aotearoa ni. Cheq tak pernah sangka, selepas 15 tahun cheq akan jejakkan kaki balik mai sini. Banyak sungguh kenangan pait, kelat, payau dan manis melecaih. Hak pait2 tu cheq tak mau ingat dah. Cheq dah buang dalam Laut Pasifik 15 tahun dulu. Lani cheq mai balik dengan penuh kenangan terindah....hahaha..dah tengah malam ni mula la melodrama sikit..hehehe.

Kali ni mission cheq ke Aotearoa ni lain. Kalau dulu cheq mai sebagai pelajar, kali ni cheq mai jaga pelajar2. Insyaallah, amanah berat yang Tuhan bagi kat cheq ni, cheq takkan sia-siakan. Walaupun belum masuk gear lagi, insyaAllah cheq akan bersama pelajar seikhlas hati. Mungkin lepaih jumpa pelajar2 ni, cheq akan memulakan gerakan menaikkan nama Malaysia dimata dunia. Cehhh..tinggi cita2 cheq tapi itu janji cheq pada diri sendiri.InsyaAllah.

Minggu lepas cheq pi Dunedin. Memang cheq nostalgia habih. Seronok ada sedih pun ada. Disinilah bermulanya kehidupan cheq sebagai siswazah. Bergelen-gelen ayaq mata nak dapat sekeping ijazah. Tup tup dah 15 tahun berlalu. Cepatnya masa berlalu kan...

OK lah...cheq nak beradu dah. Esok nak bangkit pagi nak prepare potluck untuk perwakilan. Alhamdulillah kehidupan cheq setakat ni sangat seronok. Cheq bersyukur sebab dapat makan bersama keluarga cheq.Bukan saja makan sama, yang paling cheq terharu ayang haji cheq yang masak. Dah 20 taun cheq kawen, ni la baru dapat rasa masakan ayang ahaji cheq. Sedap pulak tu..

Lepaih tu, dapat tengok TV sama-sama. Walaupun sedih dah tak ada cerita Korea, ayang haji cheq lah pengganti hero-hero Korea cheq yang cheq dah tinggal kat One HD dan KBS di Malaysia...hahaha..I love you Ayang Haji..

Dan yang paling cheq suka, cheq dapat solat jemaah hari=hari dengan famili cheq. Ayang haji jadi imam, hero junior cheq jadi bilal dan puteri cheq jadi peneman saf. Alhamdullah...Ya Allah Ya Rabbi..kekalkanlah keadaan ini selagi cheq layak berada di sini dan juga sekembalinya cheq ke tanahair nanti.Tiada kebahagiaan lebih dari ini yang cheq impikan....syukur sangat-sangat...

Ok la..dah dua kali ok tapi tangan dok syok menaip lagi. Tak pa..esok ka..bila-bila ka..cheq sambung lagi...

Aotearoa...cheq dah kembali...

Thursday, 24 March 2011

Madu 3

Salam to all,

Tentu anda semua tertanya-tanya awat cheq tulih title ni pulak. Hmm..semalam persepsi cheq tentang lelaki yang beristeri lebih dari SATU mungkin mengalami sikit kezutan.

Selama ni cheq sangat tak bersetuju lelaki berkahwin lebih dari SATU. Bukan cheq menentang hukum Allah, cuma adakalanya dan SELALUNYA lelaki yang nak menikah lebih dari SATU ni kunun-kununnya ikut Sunnah Nabi SAW.

Cheq nak tanya laa..awat tang menikah tu saja ikut sunnah, tang jaga bini punah! Dok lebihkan yg muda, yg bini tua tiba2 nampak kredot dia saja. Susah senang selama ni dgn bini tua senang sangat dok buat2 lupa.

Berbalik pada persepsi bermadu ni...semalam cheq pi dinner dgn sahabat cheq sorang ni. Memang sahabat donia aherat. Ingatkan dinner ni, cheq, sahabat cheq dan suaminya sajalah. Tapi ropa-ropanya..kesemua isteri dibawa sekali. 3 isteri. Yang paling buat cheq terkedu, kemesraan dan keakraban ketiga2 isteri ini sangatlah ori. Depa mesra sungguh. Bersalaman, berpelukan muahh muahh macam jumpa kawan lama.

Dalam hati cheq, kalau semua isteri yang dimadukan dalam donia ni boleh bermuahh muahh mcm depa bertiga ni tentu aman dunia. Masa makan, bersembang anak beranak macam kawan-kawan. Tak macam madu biasa yg kita dok dengaq..bercakaq sana sini.

Sangatlah mesranya sahabat cheq ni dengan madunya membuatkan cheq rasa seronok, pelik pun ada, heran dan ajaib lagi laa. Malah anak2 ketiga2 isteri ni sangat mesra dan kasih sayang yang dilimpahkan sangatlah ori. Kebetulan anak pertama dari isteri kedua menyambut harijadi yg ke 7. Abang sulung dari isteri pertama siap beli hadiah lagi.Usik mengusik anak2 ini membuatkan hati cheq terharu. Dalam hati berkata juga, pandai sungguh suami depa mendidik isteri2 dan anak2.

Rasanya kalau tak dak ilmu (bukan ilmu hitam laa), iman yg teguh, payah jugak nak nampak senario lagu ni. Apapun, cheq rasa happy sangat sebab jelas pada pandangan cheq, ketiga isteri bahagia. Ni pendapat cheq la. Cheq pun confirm dengan sahabat cheq. Dia kata, alhamdulilah, selepas proses adaptasi sesama depa, inilah kebahagiaan depa. Cheq tumpang gumbira..sungguh..first time cheq akui hakikat bermadu ni boleh bahagia...

Tapi..kepada ayang cheq yg dok kat rumah, apa yg cheq tulih ni bukan bermakna ayang cheq dah dapat lesen. Hak tu kita kena discuss lain. Cheq rasanya tak sanggup nak berkongsi kasih. Kalau mau jugak, pi lah kat kasih yg baru. Cheq dan anak cheq akan 'zaaassssss...." hilang buat selamanya. Tu kata lani la..tak tau la kot2 masa depan nak berubah statement cheq ni kan. Tapi rasanya lesen ayang cheq tak boleh upgrade sampai bila2...no way man..hehehe..

OK la..sekali lagi cheq seronok tengok sahabat cheq bahagia lani...mungkin kebahagiaan depa kan berkekalan selamanya...InsyaAllah.

Mungkin lagu P.Ramlee betoi kot..."Senangnya dalam hati..kalau beristeri dua..seperti dunia ana yang punya...

Tapi ini dah tiga...bahagia jugak...alhamdulillah...

Wednesday, 23 March 2011

Sahabat Sejati Dunia dan Akhirat

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Sumber: http://www.iluvislam.com

*******************************************
Awat Cheq: Memang betoi kata sumber ni. Kalau ada sorang sahabat pon jadi la. Kalau yang ramai tu kawan saja. Masa senang, kita la sahabat, tapi bila kita susah depa jadi m***bat. Tak boleh harap!!

Ada juga yang berpura-pura jadi kawan, tapi belakang kita baguih punya dok tikam..macam orang tikam voodoo tu. Apa nak buat, dah nasib kita ada kawan lagu tu. Tapi baguih jugak ada orang lagu ni, sekurang-kurangnya pengalaman dengan orang macam ni mematangkan kita.

Kalau tak, hidup ni tentu 'monotonous'...flat saja..macam orang nak gol dah...tuuuutttt....padam teruih. Tapi kalau dok buat kezutan sekali sekala baru nadi kita tut tut tut..ada nyawa lagi..hahaha..

Tapi dalam gelak, cheq sedih juga bila kawan yang kita sayang macam adik beradik sendiri baguih dok voodoo kita.Ya la..depa kita, 'Hang la kawan aku donia dan aherat'...tapi yang tak bestnya dalam hati dengki khianat! Apa la yang ada kat cheq ni..rupa tak da..harta pun tak seberapa..ilmu lagi la tak pandai compare dengan depa...

Tapi kan..cheq bertuah sunggoh selama ni...dari mola cheq keja sampai la lani..mana cheq pi cheq mesti ada sahabat 'donia aherat'. Susah senang ka, menangis ka, gelak ka, risau ka...ada saja sahabat2 cheq disamping cheq..kalau cheq tak betoi depa marah..tu la sahabat...

Masa sekolah rendah..ada ramai jugak yg jadi sahabat cheq..sahabat sejati..sampai lani dok contact. Infact kami sampai gabong2 nama..tapi tak boleh la habaq kat sini..macam Siti kata Biarlah Rahsia...hehehe..FR, JA, NM dan cheq. lepaih tu ada sorang lagi, walau tak gabong2 pon, dia tetap sahabat cheq dunia akhirat..sayang kat dia sunggoh2..RS nama dia...

Masa sekolah menengah..walaupon sekolah tak berapa famous akademiknya..sahabat cheq yg berdua tu dah jadi successful..sorang jadi doktor dan sorang dah jadi cikgu..ZA dan WA. Cheq bangga dengan depa..sahabat baik sunggoh..

Masa cheq study ada la kat kolej tu, sahabat cheq nama "Yang". Sora macam Saloma. Puhh...mendayu2 masa kami dok asrama tu...Sorang lagi FA..pon sahabat baik jugak..

Masa mola2 keja..cheq ada 3 sahabat...NH, HH dan MZH..uiihh..semua pakat ada H noo..tak perasan lah pulak. Tapi sahabat donia aherat..sayang kat hampa sampai bila2...salah sorang drp depa ni hero, yg lagi 2 tu heroin...hero ni sampai ajak kawen...tapi lagu mana cheq nak kawen dgn sahabat..so..tak jadi...dok merapu selalu mcm mana nak kawen..biaq la stay sahabat saja..sampai lani pon masih sahabat sejati..

Lepas tukaq tempat keja ..ada lagi JJ, NS, HM..pon sama gak ..memang best depa ni...suka duka semua boleh story..sapu ayaq mata sama2...

Lani..cheq ada satu sahabat sejati..SM...sedih duka lara..merapu gila gelak semua cheq boleh dengan SM. Kadang2 adek beradek cheq sendiri pon tak amek berat mcm SM..percaya 100%..kalau ada lebih dari 100% pun cheq percaya kat dia..kira la sampai kad ATM cheq pun cheq boleh bagi kat dia suruh bawak keluaq duit cheq...Dia pon lagu tu dengan atm dia. Mana nak cari sahabat lagu ni. Lepaih ada 2 orang lagi..SI dan SZ..Masa tu kami form 4S, nak pi mana kami 4S ni travel sama..seronok sangat sebab sahabat cheq yg dua S lagi ni pun mcm SM..satu kapla jugak..thank you my friends..

Lepas tu ada ane ni sorang...walau lain agama lain bangsa..dia mcm abg la..pasai tu pangge "Ane'. Masa cheq tengah duka lara..sembunyi lagu mana pon dia tau..dan yang nak tergelaknya dia pon rajin jugak dok mencurah duka lara dia...pasai keja la..bukan pasai lain...ishh..jgn..pi dok ingat yg bukan2...

Ada lagi...AI, ZI,JB dan NM..dan beberapa orang lagi..semuanya sahabat...dulu, cheq ni senang percaya kat orang ...tapi dah kena belot 2 3 kali..cheq serik..tak mau rapat2 sangat..sat gi cheq kecewa sahabat dok voodoo cheq..

OK la..cheq nak buat e-filling sat..dok ralet ralet..satgi tak buat pulak..dah kena saman lagi. nanti kita sembang lain pasai saman..huhhh!!

OK semua..cheq chau dulu..sahabat cheq S nak belanja nasi Arab malam ni..bai bai...
Kepada sahabat2 cheq...I love u all ..dulu, kini dan selamanya...

Nama Baru..

Salam utk semua...

Sajala cheq nak habaq kata blog cheq ni dah tukaq nama. Sebelum ni cheq boh nama 'Orang Edgecumbe Road, Penang'. Tapi cheq rasa macam panjang sangat nama tu.

Nama 'Awat Cheq' dipilih sebab lepaih cheq baca blog2 orang lain satu persoalan timbui dalam kepala cheq..."Awat lagu tu'..Bila nak tukaq nama "Awat Lagu Tu"..ropa-ropanya dah ada orang guna nama tu..jadi cheq pun tukaq lain.

Arwah mak cheq bahasakan diri dia "Cheq" kalu bercakap dengan arwah tok cheq..sedap cheq dengaq..tapi masa cheq kecik, cheq sebut diri cheq 'ORANG'..tu yg guna Orang Edgecumbe Road' sebelum ni...tapi nak tukaq selera la..jadi cheq nak guna "AWAT CHEQ"..

Arwah mak selalu kata' Awat cheq' bila dia tanya apa2..tu kalau mood dia baik la..kalau temperature go upstairs "AWAT CHEQ OI???'...so, lekaih lekaih la sembunyikan diri..tok sah dok menjawap..alamat berbekaih betih kena sebat dengan ranting daun asin-asin. Bila dah kena taboh, menangis sampai lena...

Balik pada asai tukaq nama...sebelum ni cheq tulih blog ni utk diri sendiri ja. Macam zaman sekolah dulu tulih diari laa...cakap dengan diari. Tapi ada yg kata awat tak publish bagi org lain baca sama..so..ni la cheq dok berjinak2 dengan blog balik..

So..sudilah kiranya membaca dan jadi followers cheq noo..

Salam Blogging Untuk Semua (Ada ka 'salam blogging?)hahah...

Awat Cheq

Tuesday, 22 March 2011

Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah?

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
20/03/2011 7:25pm

**************************************
Awat Cheq: Kena cari sumber ni betoi2. Tak mau jugak anak pinak kahwin ikut cara orang lain. Kalu pikiaq balik, lepaih akad nikah, ada acara batai ayaq sembahyang...tapi yg solat sunat sebelum tu, cuma mappele saja. Yang ponnu tak solat..lagu mana nak solat? satgi mekap cayaq pulak..

Hmm..nak buat research sikit pasai hal ni.
Apa pun nasib baik cheq akad nikah kat rumah. Esok2 anak cheq pun lagu tu laa..akad nikah kat rumah saja..

Monday, 14 February 2011

Muslims have no business celebrating Valentine’s Day

I DON’T understand what the big fuss is over the preventive measures adopted by PAS and other Islamic bodies against Muslims who indulge in Valentine’s Day celebrations.

Muslims should have no business celebrating such an occasion as it is forbidden to do so in Islam.

Only Eid-ul-Fitr, which marks the end of the fasting month of Ramadhan, and Eid-ul-Adha, commemorating the annual pilgrimage to Makkah, are Muslim festivals.

There is no other.

Muslims should be aware of this and if they are not, they should be educated. Ignorance is no excuse.

Second, only unmarried Muslim couples who are involved in illicit affairs forbidden by Islam need to be concerned.

Islam is not against love per se but it must be expressed within proper boundaries as allowed in its teachings. Coupling, dating and being in close proximity with members of the opposite gender in isolated and private venues is strictly prohibited as it would entail unhealthy consequences for both parties.

Baby-dumping is one such outcome we are faced with today.

Islam, in its practical dimension, endeavours to block the many winding paths to sinning and wicked conduct that attracts God’s displeasure.

It lays down basic rules and principles on how to identify the nature of sin and keep away from it.

Prevention is better than cure is an Islamic dictum.

A Muslim is expected to play his part not only in keeping away from things that have been forbidden but to ensure his fellow Muslims avoid the many roads to perdition.

Valentine’s Day is another sorry excuse to promote reckless consumerism and persuade gullible people to part with their hard-earned cash.

How could true love be measured with the likes of roses, chocolates and diamond rings?

For the young and immature, they tend to confuse love with lust and the seemingly romantic atmosphere just urges them on to have a go at their willing partner. Thus, it leads to gratuitous sex with far-reaching consequence for the couple.

It contributes to further increase in sexual immorality and perverse conduct, which are contrary to the true meaning and spirit of love itself.

Furthermore, if you truly love someone you don’t need a Valentine’s Day to express it.

I agree that crackdown against sinful activities should not be confined to occasions like Valentine’s Day but should be a 24/7 operation.

We must ever be vigilant against this soul-ravaging menace.

M. SIRAJUDIN via http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/14/focus/8060633&sec=focus

George Town.

************************************
Awat Cheq: Couldn't agree more with you Mr Sirajudin.

Sunday, 13 February 2011

Hanya umat Islam perlu elak sambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

KUALA LUMPUR - Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day esok hanya ditujukan kepada umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.

"Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.

"Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,'' jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.

************************************************
OERP: Perkara ini tidak harus dipandang mudah oleh orang Islam. Hari Kekasih ini berkaitan dengan unsur agama. Maka, sudah jelas hukumnya. Mengapa Hari Kekasih perlu disambut hanya pada 14 Februari utk menunjukkan kasih sayang anda kepada suami/isteri. Sepatutnya setiap hari anda perlu menyambutnya tanpa dikaitkan dengan St Valentine. Valentine's Day sebenarnya disambut kerana meraikan kemenangan St Valentine terhadap orang Islam. Jika kita turut menyambutnya seperti org Kristian, tanpa kita sedari, akidah kita mungkin terpesong. Na'uzubillah. Kepada Orang Bukan Islam, anda tidak pernah dilarang bukan hanya menyambut Hari Kekasih ini tetapi perayaan keagamaan lain pun anda tidak pernah dilarang. Malaysia sangat harmoni dan adil. Jangan atas kepentingan peribadi, isu ini dipolitikkan. Selama 53 tahun merdeka, kerajaan tidak pernah menghalang anda menyambut perayaan keagamaan anda, malah anda bebas meraikannya secara besar-besaran (Contoh: Thaipusam, Wesak Day,Easter Day. Thanksgiving Day) Cuma Orang Islam ditegah mengikuti perayaan agama lain kerana soal akidah. Jangan salah faham. Buka mata dan pintu hati untuk memahami perkara ini sejelas-jelasnya.To my dearest hubby and lovely kids: I love you with all my heart, each day and everyday!!

Thursday, 10 February 2011

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Sumber: Utusan Malaysia, 14 Januari 2009

****************************************************
OERP: Sampai bila agaknya baru umat Islam boleh sedar akan hakikat ini? Umat Islam bukan sahaja orang Melayu tetapi umat Islam terdapat di seluruh dunia, namun bilakah kita akan sedar bahawa ilmu, pendidikan dan pelajaran masih jauh dari penguasaan. Ya Allah Ya Rabbi, selamatkanlah umatMu ini.
p/s I miss my Social Studies class - Conflict & Resolution!

Monday, 31 January 2011

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik

Assalamualaikum,

TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.

Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.

Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.

Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)

Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.

Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.

Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.

Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.

Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.

Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.

Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.

Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."

Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.

Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;

"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"

Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.

Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.

Dr Fauziah Mohd Noor
Sumber: www.mstar.com.my

********************************************
oerp: Saya sangat-sangatlah bersetuju dengan Dr Fauziah. Ternyata banyak bukti yg boleh saya kongsi. Bukanlah dengan niat memburukkan sesiapa, tetapi yang tiada PhD adakalanya jauh lebih baik mengajar dari yg berPhD. Malah yang lebih menyakitkan mata, ada yg berPhD ni hanya pandai menonjol diri. Bukan saja mengajar, kerja/jawatan yang diberi pun asyik menepis sana sini. Sampai pelajar pun tahu, "Lembu punya susu, sapi jugak yang dapat nama..." Hmm..nasib engkaulah Labuuuu...

Thursday, 27 January 2011

Exploring English: Saying it better

By Keith Wright

Pronunciation and writing skills can be improved quickly with will and practice.

Over the next four editions of Exploring English, in response to readers’ questions as to how they might quickly and significantly improve their pronunciation and writing skills, attention will focus on the superior speaking and writing improvement techniques advocated by the 4S-Accelerated English Program (4S-AEP), that is, The Art of the Alternative.

There are 10 regular ways that this skill can be readily applied to enhance the quality of personal communication.

They are:

·Using superior adjectives, adverbs, nouns and verbs to express ideas;

·Using “Clefting” to give emphasis in conversation and communication;

·Using phrase and clause equivalents instead of single words to qualify another word;

·Using alternative forms of punctuation;

·Using words as alternative parts of speech;

·Using different stress when pronouncing words as nouns, verbs and adjectives;

·Using selected words and constructions when speaking or writing so as not to offend or to achieve the best response;

·Using the thesaurus and the dictionary with purpose and effect;

·Using appropriate colloquial and idiomatic terminology for effect; and

·Using different words and constructions to commence sentences when speaking and writing.

These 10 techniques will all be considered in some detail, beginning with the first three this week.

(i) Using Superior Adjectives, Adverbs, Nouns and Verbs:

As explained in detail below, one of the best English-improvement tools is the thesaurus, originally compiled by Peter Mark Roget.

A thesaurus lists numerous examples of synonyms and antonyms that can be used as “superior” alternatives to simple or basic adjectives, adverbs, nouns and verbs when expressing ideas or concepts.

New learners of the English language repeatedly use simple words such as “nice”, “good’, “bad”, “big”, “little”, and so on to describe their experiences.

With practice and self-discipline, personal English proficiency can be raised significantly by applying The Art of the Alternative with the aid of a thesaurus and a good dictionary. Synonyms – words that have an equivalence or close similarity in meaning – can be both valuable and fun to master.

Instead of describing a meal as nice, a superior descriptive such as delicious, enjoyable, palatable, pleasing, savoury, scrumptious, and tasty could be used.

Again, superior alternatives to the word good to describe a friend could include dependable, faithful, loyal or trustworthy.

Using alternative, superior adverbs also can greatly enhance the quality of one’s speech and writing.

In lieu of saying that someone worked well, one could use alternatives such as assiduously, competently, effectively, masterly, proficiently, and so on.

(ii) Clefting a Construction:

When a journalist or a speaker/writer wants to give “importance” to a particular aspect of a construction, for example, to highlight “who”, when”, “where” “why”, “what” or “how”, the technique of Clefting is applied.

Clefting is a modern grammatical term used for purposeful, textual variation. It is also called Transformation and Inversion. Consider the following text:

Early on Sunday morning, October 18, 2009, at the age of only 16, Australian teenager, Jessica Watson, set out from Sydney Harbour in her 10.23 metre yacht, Ella’s Pink Lady, on her solo journey to be the youngest person ever to sail unassisted, non-stop, 38,000 kilometres around the world.

In this construction, the initial emphasis is given to “when”, that is, the date: Early on Sunday morning, October 18, 2009 ...

However, the sentence could be easily clefted, transformed or varied to highlight a different “when”, such as Jessica’s age, by beginning with: At the age of only 16 ...

Again, the text could begin with “why”, for example: To be the youngest person ever to sail, unassisted, non-stop, 38,000 kilometres around the world …

Alternatively, importance could be given to “how” by commencing with: In her 10.23 metre yacht, Ella’s Pink Lady.

Another common starting option is to give emphasis to “who”, that is, Australian teenager, Jessica Watson, ...

Depending on its desired meaning, alternatives to a common noun form such as an “event” could be circumstance, eventuality, happening, incident, occasion, occurrence, phenomenon.

Alternatives to the verb form like in a sentence such as “I like classical music” could be appreciate, delight in, enjoy, or prefer.

For a writer or speaker of English to endeavour to use alternative quality words is similar in many ways to an artist experimenting with different, more complex forms, techniques and colour combinations.

It requires persistence, practice and imagination.

(iii) Using phrases and clause equivalents:

While it is easy to use single-word descriptives and qualifiers in speech and writing to convey meaning, it can be more interesting for a listener or reader when phrase and clause equivalents are used instead.

A simple example of this application is seen in the sentence: Malcolm is an experienced mountaineer.

Instead of the adjective “experienced”, the adjectival phrase “with considerable experience” or the adjectival clause “who has great experience” could be used with equivalent or improved effect. For example: “Malcolm is a mountaineer with considerable experience” or “Malcolm is a mountaineer who has great experience.”

Single-word adverbs can also be replaced with adverbial phrases. For example, the injured worker was driven speedily to the hospital > The injured worker was driven with great speed to the hospital.

Likewise, an alternative to an adverbial phrase can be an adverbial clause. For example: I have an Internet connection at my home. > I have an Internet connect where my home is.

Keith Wright is the author and creator of the 4S Approach To Literacy and Language (4S) — a modern, innovative and proven method of accelerating the learning of English.

The 4S methodology and the associated Accelerated English Program (AEP) mentioned in this fortnightly column are now being used internationally to enhance the English language proficiency of people from a diverse range of cultures and with different competency levels.

E-mail
contact@4Sliteracy.com.au for your free PDF file on 300 Common Colloquial and Idiomatic Terms.

***************************************************
oerp: I miss lecturing..or more of sharing with my fellow students...teslians/ppismpeas..I miss u all...:) I miss my sifu too..Mr TSS..adios...

Pengalaman luar biasa tarik Booth peluk Islam



KUALA LUMPUR 26 Jan. - Perasaan luar biasa yang menyelubunginya ketika melihat keindahan pokok, merupakan detik yang membuka hati Lauren Booth (gambar), seorang wartawan Britain untuk memeluk agama Islam pada 2009.

Booth berkata, perasaan itu muncul ketika beliau sedang berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran rumahnya, selepas keluarganya menghadapi pelbagai tragedi termasuk suaminya koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menceritakan pengalamannya dalam syarahan bertajuk, Perjalananku Menuju Islam di hadapan 300 tetamu di sini, malam ini, Booth berkata, segalanya bermula ketika beliau menemu bual penjaga Masjid Al-Aqsa pada 2007 di Copenhagen, Denmark.

"Pada hari yang berkenaan, saya berasa amat tenteram, dan saya seakan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dipertuturkan oleh lelaki yang berada di hadapan saya itu, walaupun saya tidak memahaminya," katanya yang pernah bertugas untuk Sky News, BBC One dan BBC News 24 di United Kingdom (UK).

Perasaan itu, katanya, berterusan apabila beliau melalui banyak pengalaman luar biasa ketika berada di Iran atas tujuan kerja pada tahun yang sama.

Booth yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata, beliau akhirnya menyedari perasaan yang menyelubunginya itu adalah hidayah dari Allah SWT yang membawanya mengenali agama paling suci di dunia.

Mengimbau kenangan ketika bekerja di Gaza pada 2005, beliau berkata, masyarakat Islam di sana adalah golongan paling positif yang pernah dikenalinya, sekalipun mereka sering dikaitkan dengan label negatif termasuk keganasan.

"Sebelum tiba di sana, saya berasa sungguh takut untuk ke tempat yang dilabel sebagai ganas dengan penduduknya meletupkan diri mereka dan memegang senapang sambil menjerit Allahuakhbar.

"Tapi tanggapan pertama saya terhadap mereka apabila tiba di sana adalah sangat positif. Mereka menyambut baik kedatangan saya dan menerima saya seperti anggota keluarga sekalipun saya orang Barat," katanya.

Ketika sesi dialog selepas itu, Booth menggesa masyarakat Islam agar berpegang teguh kepada keyakinan mereka dan tidak tergugat walaupun tidak diterima oleh masyarakat sekeliling.

"Anda harus melaungkan sekuat hati bahawa Islam adalah agama terbaik di dunia ini dan agama ini tidak menggalakkan keganasan. Islam penuh dengan kasih sayang terhadap saudara seagamanya," katanya.

Booth juga merupakan aktivis yang banyak membantu masyarakat Palestin serta pernah ditahan di Gaza oleh regim Israel yang tidak mahu beliau pulang ke UK pada 2005. - BERNAMA

*****************************************************
oerp: Alangkah baiknya jika 'hardcore' di Malaysia yang tidak memahami Islam membaca artikel ini. Kita tidak meminta mereka menganuti agama Islam, sekadar memahaminya dan amalan bermusuhan sesama umat manusia akan dapat dihindari. Sesungguhnya ketinggian ilmu akademik tidak menjamin pemahaman manusia kepada Islam. Islam tidak pernah menajak umatnya kearah keganasan. Yang menjadi ganas pun lantaran tekanan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan.

Salam hormat.

HENTIKAN MENGUMPAT

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.

Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.

Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.

Sumber: Utusan Malaysia, Rabu 19 Januari 2011.

**********************************************************
oerp: Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu Ya Allah agar aku dijauhi dari fitnah dan perlakuan mengumpat dan diumpat. "Laisalahamindunnillahikhasyifah" - Aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah Pencipta Sekelian Makhluk. Kepada yang masih mengamalkan fitnah mengumpat ini, segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka.

Wednesday, 26 January 2011

Gabungan 1Malaysia

Oleh: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Senior Lecturer,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(Mingguan Malaysia 16 Jan 2011)

Membaca tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk “Orang Indonesia Tionghua mencari identitas” begitu menarik perhatian saya. Orang Cina Indonesia sudah tidak lagi kelihatan seperti orang Cina seperti di Malaysia. Indonesia mengamalkan asimilasi secara paksaan bermula tahun 1965, apabila jatuhnya regim komunis pimpinan Sukarno.

Suharto yang menggantikan Sukarno mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan orang Cina Indonesia dengan negara asalnya secara kekerasan. Asimilasi dilaksanakan seratus peratus. Cara hidup orang Cina diubah sepenuhnya menjadi orang Indonesia termasuk dari segi nama, pakaian, bahasa, sambutan perayaan dan segala cara hidup yang lain. Rancangan televisyen, radio, filem, sekolah, makalah, perayaan kebesaran dan sebagainya yang ada berbau kecinaan diharamkan. Proses ‘pengindonesiaan’ berlaku secara ekstrim. Tujuannya tidak lain, untuk membina sebuah negara bangsa. Hal ini tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku di Thailand dan Filipina, tetapi tidak seaggresif Indonesia.

Hari ini, orang Cina Indonesia tidak lagi seperti orang Cina. Mereka tidak ada beza langsung dengan orang Indonesia dari cara hidupnya. Hatta, perkara-perkara kecil melibat istilah juga dijaga rapi. Orang Cina di sana tidak dipanggil orang Cina Indonesia tetapi dipanggil orang Indonesia Tionghua. Negara Indonesia didahulukan berbanding dengan bangsa.

Semua ini mengingatkan saya iklan 1Malaysia di kaca televisyen yang disiarkan saban hari. Antaranya berbunyi, “nama saya Saifuddin, saya orang Melayu, nama Pugalmani a/l Maniam, saya orang India, begitulah seterusnya seterus orang Cina, Iban dan sebagainya. Kenapa kita tidak dahulukan Malaysia seperti saya orang Malaysia Melayu, orang Malaysia Cina atau orang Malaysia India? Hari ini kita sibuk memperkatakan bangsa Malaysia. Tidakkah wajar perkara sebegini ini diteliti walaupun kelihatan ‘kecil’ oleh penerbit?

Saya lihat dari sudut lain, cara kita menamakan universiti sudah tepat iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan sebagainya. Kenapa kita tidak praktikkan istilah yang sama dalam konteks anak bangsa yang hidup bersama di sini?

Membandingkan Malaysia dan Indonesia, ternyata bukan Melayu di bumi bertuah ini cukup bernasib baik dan beruntung. Mereka masih boleh mengekalkan semua identiti mereka, tanpa diubahsuai dan langsung tidak diasimilasikan.

Semuanya mengingatkan saya kepada ceramah Profesor Rupert Brown daripada Univeriti Sussex, England baru-baru ini, mengenai dinamika akulturasi di negara lain, di kalangan minoriti atau imigran. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya orang lain (majoriti) untuk diamalkan (minoriti) tetapi tidak kekal. Misalnya, bangsa minoriti meminjam budaya majoriti seperti pemakaian baju Melayu dan bersongkok oleh bukan Melayu. Sama juga, seperti orang Melayu memakai pakaian tradisi bukan Melayu dan sebagainya.

Persoalannya, adakah proses akulturasi sebegini berjalan dengan baik? Dari segi pemakanan, saya tidak menafikannya, seronok melihat rakyat Malaysia makan roti canai dan nasi lemak bersama-sama.

Pengalaman di negara lain menunjukkan akulturasi berjaya menyatu-padukan rakyat. Berbanding dengan Malaysia. Kita masih lagi bertatih atau merangkak-rangkak. Ini kerana masih ada perasaan takut diasimilasikan.

Saya lihat orang Melayu lebih terbuka kepada proses akulturasi. Mereka tidak segan silu makan bersepit atau memakai pakaian bangsa lain. Sambutan tahun baru Cina akan menyaksikan segalanya bagaimana semangat 1Malaysia diraikan. Tetapi saya jarang melihat bangsa lain mengakulturasikan budaya Melayu. Kalau adapun, hanya pada pemakaian baju jurung ketika majlis tertentu oleh kaum wanita. Lelaki bukan Melayu amat jarang sekali memakai baju Melayu penuh berbanding sekali sekala melihat orang putih memakainya. Bilakah agaknya kita dapat melihat keunikan akulturasi ini, meskipun asimilasi tidak dapat diterima lagi?

Sifat tulus, ikhlas dan terbuka amat penting dalam menjayakan proses ini. Jika tidak, kita akan terus dilanda dengan perasaan saling curiga-mencurigai. Misalnya, peminjaman istilah atau perkataan bahasa bangsa lain yang biasa digunakan, juga dalam akulturasi. Misalnya, isu novel interlok yang menimbulkan kontroversi, dikatakan menghina masyarakat India. Saya sempat membaca beberapa perenggan yang dikatakan sensitif. Jika dibaca dari sudut konteks dan bidang kepakaran, memang tidak menimbulkan masalah langsung. Kecuali jika dalam novel tersebut dimasukkan unsur-unsur stereotaip, prejudis, etnosentrik dan lain-lain lagi istilah negatif dalam hubungan etnik. Sudah tentu segelintir kumpulan ekstrim ini akan lebih terkinja-kinja seperti cacing kepanasan.

Persoalannya saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan? Majoriti masyarakat kita tidak ada masalah dengan novel tersebut, termasuk bukan Melayu yang lain. MCA awal-awal lagi sudah memberikan reaksi yang positif. Mereka yang memahami seni dan sastera langsung begitu memuji karya sastera tersebut.

Cuma segelintir kecil sahaja yang menimbulkan masalah. Itupun bukan dalam bidang kepakaran mereka. Yang bukan pakar bercakap lebih dari pakar. Menunjukkan ada satu gerakan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan menangguh air yang keroh. Mereka mahu kelihatan seolah-olah seperti jaguh.

Kita mahu hidup di kalangan kelompok sendiri, tanpa mahu memikirkan bangsa lain. Ingatlah, kita bukan negara sebangsa seperti negara lain. Di negara yang mempunyai satu bangsa sahaja, mungkin mereka tidak menghadapi masalah serumit kita. Namun, negara pluralistik seperti kita terpaksa melayan tuntutan dan desakan setiap komuniti etnik atas alasan mereka mempunyai hak yang perlu dipenuhi, walaupun kadangkala tidak munasabah.

Tidakkah kita sepatutnya bersyukur tinggal di bumi bertuah ini? Perlembagaan dan dasar-dasar yang digubal sentiasa meraikan bangsa lain yang ada, sehingga jati diri bangsa asal terhakis. Lihatlah pengalaman negara lain yang mahu identiti mereka dikekalkan tanpa diganggu-gugat. Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan hari ini.

Misalnya, bulan lalu kerajaan China mengumumkan larangan penggunaan singkatan bahasa Inggeris dalam akhbar-akhbar tempatan, buku, dan laman sesawang kerana bimbang ketulenan bahasa Cina berada dalam bahaya. Pentadbiran Am Akhbar dan Penerbitan melaporkan, peningkatan penggunaan perkataan dan singkatan Inggeris dalam penerbitan di China akan menimbulkan kebingungan pembaca.

Amalan penulisan itu dikhuatiri merosakkan taraf bahasa Cina dan mampu mengganggu-gugat keharmonian bahasa serta persekitaran budaya sehingga mengakibatkan kesan sosial negatif. Lantaran itu, kerajaan China melarang untuk mencampurkan frasa bahasa asing seperti ayat atau singkatan Inggeris dalam penerbitan bahasa Cina sehingga mencipta kata-kata yang tidak membawa maksud dalam bahasa Cina atau bahasa asing lain.

Syarikat penerbitan dan media harus mengukuhkan peraturan penggunaan bahasa asing yang ditetapkan dan menghormati struktur, glosari dan tatabahasa bahasa Cina dan bahasa luar. Syarikat televisyen di China menerima notis daripada kerajaan untuk mengelakkan penggunaan singkatan bahasa Inggeris dalam program berbahasa Cina, awal tahun 2011. Bagaimanapun, singkatan perkataan bahasa Inggeris masih digunakan secara kerap dalam siaran berita utama dan berita sukan.

Begitulah serius negara-negara lain menjaga bahasa kebangsaan dan identiti kebangsaan mereka. Kita sepatutnya belajar daripada pengalaman tersebut. Bukannya asyik berpolitik dan memikirkan untuk kepentingan bangsa sahaja. Pembinaan negara bangsa hendaklah diutamakan berbanding yang lain.

Bayangkan jika kumpulan ini menjadi minoriti di China, apakah reaksi mereka terhadap dasar tegas kerajaan komunis ini. Di Malaysia, hak bukan Islam dijamin dalam perlembagaan, termasuk agama dan bahasanya. Tetapi janganlah mengambil kesempatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, malah boleh menggagalkan program tranformasi kerajaan.

Lebih malang lagi, di kalangan kita sendiri menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Misalnya, gerakan untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), walaupun telah dimuktamadkan oleh kerajaan. Hujah mereka amat simplistik, keputusan peperiksaan-periksaaan lalu menunjukkan peningkatan. Indeks ini dijadikan alasan menunjukkan bahawa PPSMI telah berjaya. Mereka yang bukan pakar melihat dari segi indeks.

Sedangkan mereka yang pakar dalam bidang bahasa melihat dari sudut lain. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menimbulkan masalah, yang perlu diperbetulkan adalah semua perkara yang berkaitan dengan bidang tersebut, seperti prasarana, makmal, guru, cara pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya, bukannya dengan merubah sistem yang menjadi identiti kenegaraan Melayu.

Hari ini, tindakan kita adalah merubah sistem, bukannya merubah cara. Inilah kekeliruan yang selalu timbul. Pakar bahasa diketepikan dalam perkara sebesar ini. Merubah sistem melibatkan keseluruhan cara hidup dan masa depan sehingga menenggelamkan identiti dan jati diri. Sedangkan merubah cara melibat aspek teknikal dan kemahiran.

Amat hina sekali melihat orang Timur hari ini apabila bertutur dalam bahasa Inggeris, accent atau gaya terlalu keInggerisan atau kebaratan. Kita sepatutnya bertutur bahasa Inggeris dengan sebutan dan bunyi yang betul, bukannya bertutur bahasa Inggeris bunyinya lebih Inggeris daripada orang Inggeris sehingga kita tidak dapat bezakan yang bertutur bahasa Inggeris itu orang putih atau orang Melayu. Sepatutnya, mendengar sahaja orang timur berbahasa Inggeris, kita sudah tahu sama ada penutur tersebut Melayu, Cina atai India.

Cuba kita lihat cara orang putih berbahasa Melayu. Mereka bercakap bahasa Melayu dengan accent atau gaya orang putih, tanpa perlu memelayukan bunyi bahasa Melayu tersebut sehingga seolah-olah mereka kelihatan seperti orang Melayu. Akulturasi itu berlaku tetapi tidak menghilang identitinya. Persoalannya, kenapa orang Melayu hari ini berbahasa Inggeris sehingga hilang identiti keMelayuannya?

Bertindak sebelum terlambat. Proses dinamika akulturasi perlu diberikan perhatian serius oleh kabinet daripada melayan karenah remeh-temeh novel interlok yang sengaja dicetuskan oleh golongan berkepentingan. Banyak lagi masalah negara yang sedang menunggu. Kita terlalu cepat melatah dalam perkara bukan isu. Interlok tidak sepatutnya dibawa sampai ke kabinet seolah-olah isu ini adalah masalah negara. Cukup hanya dibincangkan di peringkat kampung atau pemimpin bawahan sahaja.

Saya bimbang selepas ini, pihak-pihak berkepentingan akan mencari setiap baris dan ayat dalam buku teks untuk dijadikan modal isu, untuk menggugut dan mendesak kerajaan. Mereka tahu kerajaan mudah mengalah dalam keadaan tersepit hari ini. Sudah sampai masanya kita bertindak berani dan tegas dalam perkara-perkara yang tidak boleh ditolak ansur lagi.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.
***************************************
oerp: Kalau lah semua kaum membaca artikel ini, tidak akan ada lagi fahaman yang eksterimis rasanya. But then again, some people only want to hear what they want to hear. They just can't accept 'truth'. If one is persistent, then you will be labelled as 'racist'. I still believe that no one can change what has happened in the past. Am I right? Or Am I right?

Dimana Subuh Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dimana Subuh Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dimana Subuh Kita?

alt

Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,

Sejuk sungguh angin pagi,

Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,

Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,

Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,

Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...

Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.

Namun terdetik dihatiku...

Ke manakah pemuda-pemuda Islam?

Ke mana mereka pergi?

Di manakah mereka bersolat?

Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...

Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.

Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?

Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!

Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.

Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka

2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

- Artikel iluvislam.com