Quotes of The Day
Tuesday, 22 March 2011
Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah?
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama
20/03/2011 7:25pm
**************************************
Awat Cheq: Kena cari sumber ni betoi2. Tak mau jugak anak pinak kahwin ikut cara orang lain. Kalu pikiaq balik, lepaih akad nikah, ada acara batai ayaq sembahyang...tapi yg solat sunat sebelum tu, cuma mappele saja. Yang ponnu tak solat..lagu mana nak solat? satgi mekap cayaq pulak..
Hmm..nak buat research sikit pasai hal ni.
Apa pun nasib baik cheq akad nikah kat rumah. Esok2 anak cheq pun lagu tu laa..akad nikah kat rumah saja..
Monday, 14 February 2011
Muslims have no business celebrating Valentine’s Day
Muslims should have no business celebrating such an occasion as it is forbidden to do so in Islam.
Only Eid-ul-Fitr, which marks the end of the fasting month of Ramadhan, and Eid-ul-Adha, commemorating the annual pilgrimage to Makkah, are Muslim festivals.
There is no other.
Muslims should be aware of this and if they are not, they should be educated. Ignorance is no excuse.
Second, only unmarried Muslim couples who are involved in illicit affairs forbidden by Islam need to be concerned.
Islam is not against love per se but it must be expressed within proper boundaries as allowed in its teachings. Coupling, dating and being in close proximity with members of the opposite gender in isolated and private venues is strictly prohibited as it would entail unhealthy consequences for both parties.
Baby-dumping is one such outcome we are faced with today.
Islam, in its practical dimension, endeavours to block the many winding paths to sinning and wicked conduct that attracts God’s displeasure.
It lays down basic rules and principles on how to identify the nature of sin and keep away from it.
Prevention is better than cure is an Islamic dictum.
A Muslim is expected to play his part not only in keeping away from things that have been forbidden but to ensure his fellow Muslims avoid the many roads to perdition.
Valentine’s Day is another sorry excuse to promote reckless consumerism and persuade gullible people to part with their hard-earned cash.
How could true love be measured with the likes of roses, chocolates and diamond rings?
For the young and immature, they tend to confuse love with lust and the seemingly romantic atmosphere just urges them on to have a go at their willing partner. Thus, it leads to gratuitous sex with far-reaching consequence for the couple.
It contributes to further increase in sexual immorality and perverse conduct, which are contrary to the true meaning and spirit of love itself.
Furthermore, if you truly love someone you don’t need a Valentine’s Day to express it.
I agree that crackdown against sinful activities should not be confined to occasions like Valentine’s Day but should be a 24/7 operation.
We must ever be vigilant against this soul-ravaging menace.
M. SIRAJUDIN via http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/14/focus/8060633&sec=focus
George Town.
************************************
Awat Cheq: Couldn't agree more with you Mr Sirajudin.
Sunday, 13 February 2011
Hanya umat Islam perlu elak sambut Hari Kekasih (Valentine's Day)
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.
"Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.
"Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,'' jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.
************************************************
OERP: Perkara ini tidak harus dipandang mudah oleh orang Islam. Hari Kekasih ini berkaitan dengan unsur agama. Maka, sudah jelas hukumnya. Mengapa Hari Kekasih perlu disambut hanya pada 14 Februari utk menunjukkan kasih sayang anda kepada suami/isteri. Sepatutnya setiap hari anda perlu menyambutnya tanpa dikaitkan dengan St Valentine. Valentine's Day sebenarnya disambut kerana meraikan kemenangan St Valentine terhadap orang Islam. Jika kita turut menyambutnya seperti org Kristian, tanpa kita sedari, akidah kita mungkin terpesong. Na'uzubillah. Kepada Orang Bukan Islam, anda tidak pernah dilarang bukan hanya menyambut Hari Kekasih ini tetapi perayaan keagamaan lain pun anda tidak pernah dilarang. Malaysia sangat harmoni dan adil. Jangan atas kepentingan peribadi, isu ini dipolitikkan. Selama 53 tahun merdeka, kerajaan tidak pernah menghalang anda menyambut perayaan keagamaan anda, malah anda bebas meraikannya secara besar-besaran (Contoh: Thaipusam, Wesak Day,Easter Day. Thanksgiving Day) Cuma Orang Islam ditegah mengikuti perayaan agama lain kerana soal akidah. Jangan salah faham. Buka mata dan pintu hati untuk memahami perkara ini sejelas-jelasnya.To my dearest hubby and lovely kids: I love you with all my heart, each day and everyday!!
Thursday, 10 February 2011
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Sumber: Utusan Malaysia, 14 Januari 2009
****************************************************
OERP: Sampai bila agaknya baru umat Islam boleh sedar akan hakikat ini? Umat Islam bukan sahaja orang Melayu tetapi umat Islam terdapat di seluruh dunia, namun bilakah kita akan sedar bahawa ilmu, pendidikan dan pelajaran masih jauh dari penguasaan. Ya Allah Ya Rabbi, selamatkanlah umatMu ini.
p/s I miss my Social Studies class - Conflict & Resolution!
Thursday, 27 January 2011
Pengalaman luar biasa tarik Booth peluk Islam
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Perasaan luar biasa yang menyelubunginya ketika melihat keindahan pokok, merupakan detik yang membuka hati Lauren Booth (gambar), seorang wartawan Britain untuk memeluk agama Islam pada 2009.
Booth berkata, perasaan itu muncul ketika beliau sedang berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran rumahnya, selepas keluarganya menghadapi pelbagai tragedi termasuk suaminya koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menceritakan pengalamannya dalam syarahan bertajuk, Perjalananku Menuju Islam di hadapan 300 tetamu di sini, malam ini, Booth berkata, segalanya bermula ketika beliau menemu bual penjaga Masjid Al-Aqsa pada 2007 di Copenhagen, Denmark.
"Pada hari yang berkenaan, saya berasa amat tenteram, dan saya seakan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dipertuturkan oleh lelaki yang berada di hadapan saya itu, walaupun saya tidak memahaminya," katanya yang pernah bertugas untuk Sky News, BBC One dan BBC News 24 di United Kingdom (UK).
Perasaan itu, katanya, berterusan apabila beliau melalui banyak pengalaman luar biasa ketika berada di Iran atas tujuan kerja pada tahun yang sama.
Booth yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair berkata, beliau akhirnya menyedari perasaan yang menyelubunginya itu adalah hidayah dari Allah SWT yang membawanya mengenali agama paling suci di dunia.
Mengimbau kenangan ketika bekerja di Gaza pada 2005, beliau berkata, masyarakat Islam di sana adalah golongan paling positif yang pernah dikenalinya, sekalipun mereka sering dikaitkan dengan label negatif termasuk keganasan.
"Sebelum tiba di sana, saya berasa sungguh takut untuk ke tempat yang dilabel sebagai ganas dengan penduduknya meletupkan diri mereka dan memegang senapang sambil menjerit Allahuakhbar.
"Tapi tanggapan pertama saya terhadap mereka apabila tiba di sana adalah sangat positif. Mereka menyambut baik kedatangan saya dan menerima saya seperti anggota keluarga sekalipun saya orang Barat," katanya.
Ketika sesi dialog selepas itu, Booth menggesa masyarakat Islam agar berpegang teguh kepada keyakinan mereka dan tidak tergugat walaupun tidak diterima oleh masyarakat sekeliling.
"Anda harus melaungkan sekuat hati bahawa Islam adalah agama terbaik di dunia ini dan agama ini tidak menggalakkan keganasan. Islam penuh dengan kasih sayang terhadap saudara seagamanya," katanya.
Booth juga merupakan aktivis yang banyak membantu masyarakat Palestin serta pernah ditahan di Gaza oleh regim Israel yang tidak mahu beliau pulang ke UK pada 2005. - BERNAMA
*****************************************************
oerp: Alangkah baiknya jika 'hardcore' di Malaysia yang tidak memahami Islam membaca artikel ini. Kita tidak meminta mereka menganuti agama Islam, sekadar memahaminya dan amalan bermusuhan sesama umat manusia akan dapat dihindari. Sesungguhnya ketinggian ilmu akademik tidak menjamin pemahaman manusia kepada Islam. Islam tidak pernah menajak umatnya kearah keganasan. Yang menjadi ganas pun lantaran tekanan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan.
Salam hormat.
HENTIKAN MENGUMPAT
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.
Sumber: Utusan Malaysia, Rabu 19 Januari 2011.
**********************************************************
oerp: Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu Ya Allah agar aku dijauhi dari fitnah dan perlakuan mengumpat dan diumpat. "Laisalahamindunnillahikhasyifah" - Aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah Pencipta Sekelian Makhluk. Kepada yang masih mengamalkan fitnah mengumpat ini, segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka.
Wednesday, 26 January 2011
Dimana Subuh Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dimana Subuh Kita?
Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
Tuesday, 18 January 2011
Menanti Detik Kemustajaban Doa
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
Sumber: drmaza.com
*************************************************************************
Orang Edgecumbe Road: Ya Allah Ya Rabbi..Muga Engkau sentiasa memperkenankan doaku kerana sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang mengetahui apa yang terbaik buatku. Namun jika diizinkan olehMu Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku untuk membawa keluargaku berhijrah.Aku inginkan suasana baru dan yang paling penting aku ingin bersama keluargaku lebih dari dulu. Aku ingin berbakti kepada anak-anak Msia yang sedang bertarung mencari ilmu. Permudahkanlah segalanya untukku Ya Allah Yang Maha Pengasihani...
Wednesday, 6 October 2010
Pengawasan

oleh Jarjani Usman
“Dia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana saja kamu berada dan Allah Maha Melihat apa saja yang kamu kerjakan” (QS al-Hadid: 4).
Peringatan dan hukuman tidak selamanya ampuh dalam mencegah manusia untuk berbuat kejahatan. Sebab, tidak selamanya peringatan dan hukuman itu menjangkau sisi-sisi tersembunyi dari niat, sikap dan perbuatan manusia. Yang paling ampuh adalah merasa selalu pengawasan Allah di manapun kita berada.
Tanda pertama pada orang yang merasa diawasi Allah ialah memiliki rasa malu kepadaNya. Hati seorang Muslim yang di hatinya ada cahaya iman yang mantap akan sangat malu kalau sudah berjanji beriman, lalu mengingkarinya.
Sudah barang tentu, tidak semua orang memiliki perasaan tersebut, tak terkecuali orang yang berilmu agama tinggi.
Buktinya, tidak sedikit juga di antara mereka yang berilmu tinggi melakukan kejahatan dalam hidupnya. Bukti ini menjadi suatu alasan bagi kita untuk memahami bahwa kalau seseorang yang berilmu agama tinggi bisa berlaku demikian, apalagi yang tidak.
Tanda kedua ialah punya rasa takut akan azab-azab Allah. Orang yang saban saat merasa diawasi Allah akan selalu tergambar dalam benaknya kepedihan atau kesengsaraan hidup di neraka, setiap ia mau melakukan kejahatan.
Dengan demikian, peringatan orang lain dan hukuman belum tentu ampuh menjadi pengingat diri kita untuk tidak melakukan kejahatan. Kata Saidina Ali, hanya diri sendiri lah yang paling ampuh menjadi pengingat.
27 Syawal 1431 H
Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2010/10/pengawasan.html
Orang Edgecumbe Road: Saban hari aku tertanya kepada diri kenapa umat Islam tidak gentar dengan pembalasan Allah. Di tempat bertugas, ada saja yang sanggup memburukkan orang lain agar dirinya terus popular. Memfitnah sana-sini dan menyebabkan ramai hati yang terluka. Apakah tidak pernah ada keikhlasan dalam diri untuk melakukan sesuatu kerana Allah? Apakah orang yang menjaja sana sini mempunyai ilmu dalam kaunseling bertopengkan dusta semata-mata? Doaku muga satu hari nanti Allah akan membuka hati orang ini untuk bertaubat dan janganlah kerana terlalu ghairah untuk memegang jawatan, jawatan orang pun sanggup 'dirampas' dengan pelbagai cara kotor. Alhamdulillah, hingga kini 'dia' masih dibawah pengawasan Allah. Belum tertunai lagi niat busuk menjatuhkan rakan sejawat berlaku. Apa yang berlaku pada diriku, aku anggap sebagai satu hikmah. Sudah tertulis Allah menjanjikan yang lebih baik buatku. Aku mohon Allah sentiasa menerima taubat dan segala yang ku korbankan sebagai satu Ibadah. Pada yang berkenaan, sedarlah bahawa kita sentiasa dibawah "PENGAWASAN ALLAH' sentiasa. Muga pintu taubat masih terbuka untuk orang-orang seperti ini..InsyaAllah...
