Quotes of The Day

He who asks is a fool for five minutes, but he who does not ask remains a fool forever.



"I would rather have a mind opened by wonder than one closed by belief." - Gerry Spence

Monday, 24 September 2012

NASIHAT KERAMAT AYAHANDA TUN M


DALAM SUNGGUH NASIHAT NI.




Tun M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

 
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

 Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. 

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit 
yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan Al Mubarak...


Alhamdulillah...puasa kali ini lebih tenang buat cheq. Finally..I've learnt to let go..honestly I want to forgive everyone who has hurt me..and in return I hope they have forgiven me too..well for whatever reason if there is any.


I am blessed that I am still here to enjoy another Ramadhan. Though I missed home so badly...but I have my family here and my new set of colleagues here are far much better. Alhamdulillah...


Yesterday, we celebrated the first day of Ramadhan with Iftar at my home. All HC staffs came with Dr Mus'ab lead us for the solat. Pot luck was simple but meaningful..Insya'Allah we were all gathered with one nawaitu..for better relations and ukhwah...


I was extremely tired but I felt good. Finally I'm at peace...I'm sure Allah put me through all the trials for a very good reason.


I am looking forward to fill this Ramadhan with lots of solat and du'as as I have too many things in life and in hereafter that I wish for. May Allah grants me with my wishes and blessed me with this wonderful family that I have.


I hope my dear siblings, nephews and nieces, together with my aunt Sham and my dear mother in law and her family will be blessed in this beautiful and full of baraqah month..


Ya Allah Ya Rabb..in this meaningful month, please fulfill that one wish Ya Allah for I know nothing is impossible if it comes from You...I still hope that You will give me that chance..a chance to better improve and prove myself...Ya Allah..I know You are listening..have mercy on me..pity me as I know You will not disappoint this servant of Yours Ya Rabb...


Though I know that You have the best plan in store for me..but I'm begging You to grant me that wish...


To my family back home...please know that I miss all the loud noises that we used to make during Ramadhan and the turn taking of breakfasting at our homes...I miss mak, bapak, Tok and everyone else...


May all of us have the best Ramadhan ever and filled with the best ibadah...


Salam Ramadhan Al Mubarak...

Saturday, 30 June 2012

Sudah sudah la...

Assalamualaikum wb..

It's been a while since I last wrote in this blog. I've been quite busy lately. Alhamdulillah...I now get to do what I have been planning all these while. Life is at peace..finally.. even though someone is still 'meroyaning' from far...hahah...

I was again accused of making a complaint..gosh..please la..you have too many people that hate you! Why should the complainant be me? I have better things to do than spending time complaining about you lah!

In fact you are lucky that I didn't, because if I do, I'm sure the authority will have to spend half a day at least reading my letter of complaint!!! Panjang berjela la weyy kalu aku nak complaint pasai hang....you are history! Tak payah dok perasan orang nak mengata pasai hang la...cheq banyak keja lain laa..

Cheq teringat gambaq Korea tu ada satu part, "You are not even important for people to have rumours about you!!

So, in conclusion, please be grateful that I didn't ok, otherwise you'll simply have to face the music. I won't let you step on my head again...not ever! If you choose to fight me, I swear to Allah, that I'll  fight you all out this time..and it's definitely worth it..try me...

Well...I choose to be happy and I won't let you make unhappy again...not ever again! Didn't you have enough all this while demeaning me and my predecessor??

So, you choose, and I'll take your challenge this time...and I'm sure Allah will be with me..

Cucu tok salleh musa alghaji ni ok...
Awat Cheq

Tuesday, 19 June 2012


MY FEARS

1) Lim Kit Siang is reported to have said that I am working hard to ensure the Opposition will not win because I am afraid when the Opposition Government is in place, it will act against all my “misdeeds” when I was Prime Minister.
2) No doubt he is inspired by what happened to Gadaffi and Mubarak. He would love to see me dragged to the courts and sentenced to death or to at least a life sentence. Maybe like Gadaffi I would be murdered.
3) He is right. I am afraid. I am afraid of the kind of abuse of power that has already been shown by one of Pakatan’s great leader who got a senior police officer to frighten Dr Ristina and Ummi Hafilda into withdrawing Ummi’s letter to me.
4) I am afraid of the fabrication of charges so as to put me behind bars. That I am innocent would be irrelevant. What is important is Kit Siang’s satisfaction at seeing me behind bars and more.
5) Other than this I am not afraid. I had always been careful not to abuse the power I had as PM because I was mindful of having to step down and lose power at some stage. If I had abused power my detractors would gleefully expose me and strive to put me behind bars.
6) In fact this has been tried.
7) Since retiring I have been questioned by the police and the AG’s office several times. I was also made to appear before a tribunal to be questioned by all and sundry, including representatives of the Bar Council.
8) So far nothing could be pinned on me.
9) The anti-corruption people can even now investigate whether I have ever received illegal gratifications, whether I have detained or thrown people into jail for personal reasons, whether I benefitted personally from any of the projects carried out during my time.
10) I have not taken anything that is not mine. In fact all gifts given to me, many very valuable, have been given to the Government including a score of expensive cars. They can be seen in Langkawi or at the old PM’s house in KL. I must admit that I ate some of the fruits given me to prevent them from going bad.
11) I had not allowed my children to do business with the Government or to be candidates in elections though they have been offered several times when I was PM and President of Umno. Only after I stepped down did I allow Mukhriz to contest.
12) Whatever money I now have is from savings during 29 years in the Government. My salaries were not big. But the Government took care of my housing, water and electricity, my travels. I don’t even spend much on food as I get invitations to functions like weddings etc.
13) I was therefore able to save my pay and allowances.
14) Except for Mirzan, my children did not get any scholarships. I believe Mirzan paid back what he owed MARA. He had the scholarship before I became a Minister, in fact when I was expelled from UMNO.
15) I have bought or been given no shares except for 200 Malayan Tobacco shares I bought long before I joined the Government. Other shares are the Unit Trusts issued by PNB and State Governments which I was obliged to buy. I own shares in MICO pharmacy in Alor Star which I set up when I was a private practitioner.
16) I am not interested in getting rich or living a life of luxury. What I have now is far more than I had hoped for when I was dreaming as a student. I am grateful to Allah for what I have and for sparing me to live this long.
17) I am ready to go when my time comes. I am conscious that all that I have will not accompany me to the grave.
18) But for as long as I can I will work hard to prevent evil people and crooks from destroying this country that I love.
------------------------------------------------------------------------
Awat Cheq: Dah lama sangat cheq dok dengaq depa nak dakwa Ayahanda Tun M ni..dakwa lah awat hangpa tak dakwa? Pasai hangpa tak dak evidence kan? Kalu dah tak dak, dok la sengap2..ni dok meraban tak tentu hala. Wajah Ayahanda Tun M ni makin tua makin berseri. Co hangpa tengok muka pemimpin pojaan hangpa tu, makin terok muka! Pigmentation pon tak terok lagu tu aih...tu pon hangpa tak nampak lagi ka? Awat la jadi lagu tu cheq oiii..co bawak mengucap banyak2....haishhh...

Thursday, 24 May 2012



FORGIVENESS..


The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.
-- Mahatma Gandhi


The past few days have been very gloomy to me. The sun was shining every now and then, but my heart saddened by the fact, I had to convince myself really hard to forgive that someone.

Coming here is second chance that Allah has given me. But looks like I've wasted on tolerating people's strange behaviour. Even more strange to me that the behaviour that I need to deal with are with so called highly qualified people.

I was or still am expected to take sides or choose ' a camp' for survival here. Yooo..I'm here to make as many friends as possible...why should I indulge myself into other people's problems and mess..I wasn't even here when all those weird things happened. Why should I be on anybody's side man..gosh..

I am known for my friendly, happy go lucky nature..why should I make enemies? You have your enemies..deal with it..don't drag me with you man..I may be your colleague..but to team packed with you and hurt others..sorry..mak cheq marah ok...!!!!

I wrote letter of 'luahan perasaan' couple of times. But my dear ayang haji advised me not to send any as he is very sure that it will have no effect on the relevant party. God..my man has spoken..I know I should listened...I should..

But I can't leave this place with heavy heart..from 5 pages of letter..I finally wrote a page and only words of forgiveness that I've uttered. I deleted the painstaking part and yup..hopefully he will read it with open heart..

I wanted to say it personally but he left before 5pm..Allah has planned it that way...so..I realized that some things are better left unsaid..

So..Ya Allah Ya Rabb..forgive me for all my wrongdoings..even though in this particular matter not sure what were they..but I must have tripped on people's toes without realizing it...forgive me Ya Rabb..I pray to you that I will have better days ahead of me and I'm sure after a year of turbulence, You must be sending someone who will work better with me..after all I am here to work and to provide my service with Your Guidance Ya Allah.....

Lead me to the correct path and give me all the courage, motivation and strength to provide my best service to all my kids, brothers and sisters here...

To You I seek forgiveness Ya Allah..may You too open his heart and repent for all the wrongdoings that he has committed to us all...

Though it's hard..really really hard...I want to forgive him..I really do...cause I want to lift the heavy weight that has been pressing my mind and heart all these while..

For those who have supported me in every way you did..I truly appreciate your true friendship...may Allah bless us all..

To that someone..I wish you all the best and may some day you repent in your own silent way what you have done to the people around you...

You have a faithful wife, mature kids and don't let Allah take that away from you..Sometimes, Allah has his way to punish us..If He doesn't punish us the parents..He will punish our kids for all our sins...none of us would want that, wouldn't we?

Bon voyage and may your future undertakings promise you a better life..a more meaningful life..Insya'Allah...my sincere prayers are with you..

Alhamdulillah..I guess I feel much better after letting all the miseries out of my chest..wooshhh...they've been there far too long...

Forgiveness is me giving up my right to hurt you for hurting me... 
--Anonymous


The oldest woman to become a first-time mum in Britain has admitted it was a ‘mistake’ not to have had her daughter earlier

Copyright: Rex

She made headlines in 2008 when she became a mum for the first time at age 57 following IVF treatment, but four years on Sue Tollefsen has revealed she now believes it was a mistake to wait so long, and wishes she’d had daughter Freya sooner.
In an interview with UK magazine Closer, Miss Tollefsen said that despite initially defending her decision to become a mother so late in a life, a recent bout of illness has hammered home the reality that she might not be there to see Freya grow up.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Awat Cheq:


Alhamdulillah dah 57 tahun umoq pon Allah masih bagi rezeki nak ada anak kecik. Kalau kat Malaysia ni, harus doktor tak bagi sebab takut cacat dan sebagainya.


Cheq pun kalu Allah nak bagi rezeki anak, cheq mau la. Anak cheq dua saja. Tu pun dah besaq panjang. Sorang dah masuk universiti, yang sorang lagi dah Year 11, kira Form 3 kat Malaysia.


Masa muda cheq dok kira pulun nak dapat degree la..masters la...Bila dah tua (tak la ganyut lagi..hihihi..) baru dok teringin nak ada anak lagi.


Kalau la ada sapa2 yang nak bagi anak depa kat cheq, kecik tapak tangan...(lupa dah lagu mana nak sambung!) cheq mau...Tu la cheq geram sangat bila ada yang dok buang2 anak. Bok mai sini, bagi cheq bela. Sunggoh aih..cheq mau..


Kalu tak dapat jugak, alamat cheq kena tunggu jaga cucu la. Masalahnya, takut Allah dah panggil cheq dulu, tak dan nak bela cucu pulak. 


Apapun , cheq bersyukur Allah bagi anak berdua ni. Muga Allah jadikan anak2 cheq anak yang taat pada perintah dan suruhan Allah dan anak yang menghargai kedua orang tuanya dan anak yang akan berbakti kepada masyarakat.


Pendekata. biarlah anak-anak cheq berdua yang akan memandikan jenazah cheq, mengkafankan mayat cheq dan berdoa agar ibu dan abahnya ditempatkan Allah bersama para mukmin dan mukminat serta orang-orang yang soleh. Insya'Allah.


Awat Cheq.


P/S nama dok teringin - Muhammad Khalifi dan Shafiqah Ilhan

Friday, 9 March 2012

Kak Min With Love..

 Allahyarhamah Dr. Yasmin Osman dalam kenangan..
(I will always love you...)

7 Mac 2012


Deringan telefon tepat jam 10.15 malam mengejutkan cheq. Ringtone khas untuk Che Ee menandakan panggilan yang cheq tak mau terima dan dengaq. Dah seminggu hati cheq berdebaq-debaq takutkan panggilan ini. Akhirnya, janji Allah pada hambaNya sampai juga...

"Sal, Min dah tak da Sal..Dia dah tinggaikan kita". Itulah kata-kata Che Ee..sahabat dunia akhiratku.

Cheq tak mampu mengucapkan apa-apa. Hanya tangisan mengiringi berita yang amat sedih tu..Setelah agak lama, cheq kumpul kekuatan untuk bertanya, "Senangkah cara dia pi...?"

Che Ee terdiam dan menangis sungguh-sungguh. Jarang cheq tengok Che Ee menangis. Tapi orang yang kami tangiskan tu payah dicari. Sahabat dunia akhirat cheq.. Che Ee memberikan jawapan yang cheq nak dengar, "Insya'Allah Sal..Min dah pi dengan tenang".

Lepas ni tak dak lah "Kak Min" dalam Yahoo Messenger yang akan berchatting dengan cheq. Bila kak Min nampak cheq online, dia pasti akan chat walaupun sat saja. Cheq akan merindui chatting2 Kak Min..dialah yang dengaq keluh kesah cheq..cheq sedih sangat...

Walaupun baru berapa tahun saja cheq mengenali Kak Min...dia pastinya seorang sahabat..seorang yang kita boleh berharap bercerita suka dan duka. Boleh bagitau kita salah atau betol..bukan seorang kawan yang hanya bersandiwara. Dia tumpang gembira dengan kejayaan kita, dia tumpang sedih bila kita dilamun duka...

Kak Min..I will miss you dearly. Next to Suriah, you are one friend that I will treasure forever..there will never be another "Kak Min' for me...

Thank you Kak Min..you will always be remembered...

 “We can never turn back the pages of time, though we may wish to relive a happy moment, or say goodbye just one last time, we never can, because the sands of time continue to fall, and we can’t turn the hourglass over.” – Unknown

“Death leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal.” – Headstone

Over the course of the average lifetime you meet a lot of people. Some of them stick with you through thick and thin. Some weave their way through your life and disappear forever. But once in a while someone comes along who earns a permanent place in your heart.-Wonder Years


Muga Allah akan ampunkan segala dosamu..dan diringankan segala ujianmu dan semuga amal dan kebaikanmu didunia ini mengatasi segala timbangan keatas insan sebaikmu Kak Min. Sesungguhnya orang-orang sepertimu hanya layak di Jannatul Firdaus yang kekal abadi. Muga di syurga itu nanti...kita akan bertemu kembali..

Sal sayang Kak Min dunia akhirat..

Thank you for being you.. wherever you are..you will always live in my heart.