Assalamualaikum wrt dan Salam Kasih Sayang..
Pertama sekali Cheq nak minta maap la sebab dah lama Cheq tak menulih di bloq ni. Sibuk yang teramat-amat dan Cheq jugak telah melalui pelbagai ujian dari Allah. Namun alhamdulillah...kalau dulu Cheq selalu jugak berendam ayaq mata dengan perlakuan-perlakuan manusia yang berselindung di sebalik kononya berpendidikan tinggi dan pseudo agama, namun hari ni Cheq mampu tersenyum kerana semua ujian tu sebenaqnya menjadikan Cheq lebih kuat. Ada lagu orang puteh, "If it doesn't kill me, it actually makes me stronger"!!
Baik...hari ni Cheq tak mau nak curhat (curahan hati) pasai Cheq. Hari ni Cheq nak curhat pasai adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun, yang di abaikan oleh ibunya. Katanya ayah kandung dah meninggal tapi adik Firdaus ada ayah tiri dan seorang adik tiri 7 tahun. Dah berhari2 Cheq cuba bersangka baik dengan ibu kandungnya Imashima Lola, 40 tahun (bukan tua sangat pon). Namun walau apa alasan sekali pon, otak cheq yang masih waras tak dapat nak menerima pembelaan ibunya yang mengatakan dia kesempitan hidup dan tak tahu cara nak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kalau Lola ni hidup dalam kesempitan, musykhil jugak Cheq. Awat adik Firdaus saja yang comot, cumpang camping dengan diselaputi najis dan disaluti dengan baju yang reput? Rambut dan entah bertahun tak dipotong? Kalau sesempit mana sekalipon hidup, hatta, takkanlah nak bagi mandi seminggu sekali pon tak boleh? Nak tukaq baju tak boleh? Nak bagi makan sehari sekali tak boleh? Nak cuci bilik dia sebulan sekali tak boleh? Awat hang bubuh pasiaq dalam bilik dia macam hang bela kucing?? Ha...mola lah Cheq nak guna "Hang..hang ni.." . Dah berderau darah Cheq lani. Awat Lola hang kejam sangat? Sesusah mana sekalipon, takkanlah hang balik keja atau sebelum hang pi keja hang tak buleh bagi mandi budak tu? Yang Cheq pelik, adik dia boleh pulak hang bagi pakai kemas? Hang sendiri pon siap pakai tudung soksiap..soksiap berkilau berkilat diamond kat tudung hang! Cheq pon tak pakai tudung lagu tu...mahai kot! Tapi hang siap ada smartphone! Hang jangan dok ranjau kat kami..kalau tak smart pon...hang boleh selfie ka lepaih tu post kat facebook? Pekak-pekak pon gaji hang, hang masih mampu ada internet..hang ada smartphone..tak kisah la hang guna data ka, internet ka..hakikatnya orang yang kesempitan hidup mampu ka semua tu?
Yang cheq sedih...laporan doktor mengatakan budak tu dah mungkin berbulan tak makan! Mandi obviously dah hang tak pernah bagi dia mandi dan tukaq baju. Pasai tu sampai baju reput! Kain buruk kalau biaq pon tak jadi reput macam tu aih! Awat hang sampai hati buat kat anak yang macam ni?
Cheq pon tak perfect jaga anak, sibuk cari rezeki. Tapi tak la sampai tak bagi makan anak. Dulu-dulu masa kami kecik pon, hidup kami susah. Ada 9 orang adik beradik tapi mak cheq bela dengan penuh kasih sayang. memang la kami tak dak anak istimewa atau adik beradik istimewa tapi kalau dah sampai 9 orang, kesian jugak la mak cheq sorang nak bela nun kecik2 semua. Hang 2 orang saja pon hang tak boleh jaga. OK lah Cheq nak bersangka baik ni. Kalau hang dah tak mampu nak jaga, hang tak boleh ka tanya kat orang macamana nak minta tolong? Kalau hang tak tau nak cari Jabatan Kebajikan Masyarakat sekalipon, hang tangkap la gambaq anak hang dan post kat facebook tu. Sat saja post hang akan jadi viral dan orang ramai akan membantu. Ni hang dengaq sini, bukan semua orang macam hang kejam...kalu hang post kat facebook hang pon, Cheq yakin ramai sungguh rakyat Malaysia ni yang prihatin. Depa akan salurkan posting hang tu ke pihak yang berwajib. Tapi hang lebih suka post gambaq hang..pasaipa Cheq tak tau! Yang tu hang cerdik pulak..yang post pasai anak hang hang tak tau...ishhhh...cheq sungguh2 nak percaya hang ni kesempitan hidup dan tak reti nak buat semua tu. Tapi apa yg kami rakyat nampak kat facebook tu menunjukkan sebaliknya. Awat la Lola hang jadi lagu tu...
Ok la...cheq dah tak mau cakap banyak. In shaa Allah kalau pihak tertentu wujudkan Tabung Bantuan untuk Firdaus, Cheq akan membantu. Itu janji Cheq. Kalau kata Nilai tu dekat la...Cheq pi dah. Sedih benda lagu ni jadi kat Malaysia. Baru minggu lalu Cheq baca jadi kat China, anak2 biarkan mak depa umoq 95 tahun terkurung dan tak bagi makan, dok tunggu suruh mati saja. Tu di China..ni Malaysia Lola oi...Malaysia!!
Apatah lagi hang berugama Islam. Cheq tak mau nak menghukum hang Lola tapi apa yang hang buat sangat tidak patot. Cheq mintak maaf terpaksa guna perkataan 'kejam'. Tapi Cheq dah tak boleh nak pikiaq apa perkataan lain yang sesuai nak guna kat hang Lola. tentu hang ingat macamana sakitnya nak beranakkan si Firdaus ni dulu. Sakit nak beranak bukan kita balas kat anak2 kita macam ni. Sebab sakit nak beranak la kita kasih dan sayang anak2 kita. Bapak dia dah tak dak...hang tak pernah terpikiaq ka yang dia ada hang saja...Ibu..Ummi...hang tau tak sedihnya Cheq baca..3 perkataan yang dia tau sebut hanyalah "Ibu, Ummi dan Makan"....namun 3 perkataan tu la hang siksa dia di dunia ni...awat Lola...awat...hang explain mai kat kami rakyat Malaysia apa yang sebenaqnya terjadi. Bukan sebab kami nak kutuk hang kaw-kaw..tapi kami nak cuba faham pasaipa jadi lagu ni...
Ironi sungguh...3 perkataan yang seorang anak istimewa tau sebut dan perkataan2 tu lah yang 'membunuh' kehidupan adik Firdaus..
Setulusnya Cheq doakan adik Firdaus cepat sembuh dan mendapat kasih sayang sewajarnya. hang tau dak dari sapa kasih sayang sewajarnya tu dari sapa....dari hang Lola...dari hang. Cheq doakan seikhlasnya jugak..hang akan bertaubat Lola...masih ada ruang dan peluang untuk hang menebuih kesilapan hang. Tak mampu nak bela..tak pa...hang pi tinggai di JKM tapi hang pi la jenguk2 dia. Firdaus tu la..yang akan bawak hang ke syurga nanti. Nama pun sudah hang bagi nama syurga tapi hang tak nampak syurga tu pada dia.
Kata orang, syurga dibawah tapak kaki ibu..tapi sejahil2 Cheq..rasanya dalam situasi hang ni Lola..syurga tu dibawah tapak kaki Firdaus...hang reti tak?
Sekali lagi, Cheq mintak maap terkasar bahasa tapi Cheq jugak seorang ibu. Jangan la buat kat dia lagu tu dah lepaih ni..dia manusia...insan. Kalau kucing kita bela..takkan anak kita kita buat macam tu. Banyak yang ingin membantu hang Lola..minta la..banyak yang sudi membantu..in shaa Allah..
Hang sebenaqnya lebih beruntung dari kami yang mempunyai zuriat biasa2 sedangkan zuriat hang Lola adalah anak istimewa. Lola, Cheq bukan orang alim. Namun Cheq masih berusaha mencari redha Allah. Ni Cheq nak berkongsi dengan hang Lola...sama-sama kita memperbaiki diri dan berubah menjadi insan yang lebih baik...in shaa Allah.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)

- Sedekah jariah
- Ilmu yang diambil manfaat dengannya
- Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Firdaus...Firdaus akan sentiasa dalam doa Aunty Cheq naaa..Aunty akan sentiasa doakan Firdaus tau..cepat sembuh. Allah sayangkan Firdaus...in shaa Allah..ramai dari kami yang sayangkan Firdaus dari kejauhan dan setulus doa buatmu Firdaus...
Assalamualaikum wrt...
Cheq
5.13pm
P/S Dah berhari2 tak dapat lelap mata dok terbayang wajah duka Firdaus yang tak berdosa...
-----------------------------------------------------------------
Tiga perkataan yang meruntun jiwa
'IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.
Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.
Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.
Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.
Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai.
Berat hanya 15kg

Jaafar berkata, amat menyedihkan apabila Muhammad Firdaus kelihatan rakus ketika pertama kali diberi makan oleh pihak hospital.
Beliau berkata, remaja yang menghidap penyakit celebral palsy itu hanya seberat 15 kilogram ketika pihak hospital menerimanya.
“Hari pertama kami terima anak ini, keadaannya amat teruk. Kami semua geleng kepala melihat keadaan fizikalnya.
“Dia kelihatan rakus bila diberi makan roti seperti sudah lama tidak makan dan begitu kelaparan,” katanya.
Menurutnya, Muhammad Firdaus turut mengalami masalah kulit akibat terlalu lama berada dalam persekitaran kotor.
"Dia juga kekurangan protein disebabkan tidak mendapat makanan berkhasiat. Kita akan merawat kulitnya dan beri makanan berkhasiat agar kembali pulih, sebelum membuat rawatan fisioterapi untuk anggota badannya yang lemah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan dijalankan terhadap remaja itu mendapati tiada kesan penderaan pada fizikalnya.
“Tiada kesan menunjukkan dia didera, tetapi jika dikurung dan dibiarkan sudah termasuk dalam kes penderaan. Kita sudah serahkan laporan kesihatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, semalam.
Jaafar berkata, untuk memulihkannya akan mengambil masa lama, bagaimanapun Muhammad Firdaus sudah menunjukkan respon positif berbanding sebelum ini.
“Kita akan pastikan dia pulih sepenuhnya sebelum serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Sementara itu, katanya, adik tiri remaja terbabit, Muhammad Haziq Jali, 7, turut dirawat di hospital berkenaan dan diletakkan bersebelahan Firdaus.
“Adiknya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan cuma mengalami masalah hiperaktif,” katanya.
Jiran tak tahu remaja terkurung
Sementara itu, di NILAI, penderitaan Muhammad Firdaus itu ternyata mengejutkan penduduk sekitar rumah pangsa Taman Semarak.
Tinjauan Sinar Harian di rumah pangsa itu semalam mendapati, penduduk sekitar serta jiran-jiran tidak mengetahui ada remaja OKU terkurung di sebuah bilik di blok 15, selama ini.
Kawasan perumahan yang rata-rata didiami warga asing itu kelihatan suram, selain berada dalam keadaan tidak terurus.
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam blok berkenaan, hidung mula terbau sesuatu kurang menyenangkan, dengan hancing serta busuk.
Setibanya di hadapan rumah nombor 19 iaitu tempat Muhammad Firdaus ditemui, bau busuk terus menerpa kuat sebaik saja pintu dikuak.
Tidak cukup dengan itu, kelihatan keadaan rumah berselerak seperti tidak berpenghuni, malah apabila ditanya jiran sebelah, mereka sendiri tidak tahu dan tidak kenal penghuni rumah itu.
Salah seorang jiran yang tinggal depan rumahnya, Farhat, 30, berkata, selama tiga tahun dia tinggal di situ, dia jarang melihat wanita atau ibu kepada Muhammad Firdaus berada di rumah.
Farhat yang berasal dari Bangladesh dan fasih berbahasa Melayu berkata, hanya sebulan sekali saja dia nampak wanita itu datang mengemas rumah dan membuang bungkusan sampah yang banyak.
“Saya jarang nampak ada orang dalam rumah itu. Cuma setiap malam, saya sering terdengar suara kanak-kanak menangis dari rumah berkenaan. Suara itu akan diam sendiri selepas itu.
“Sudah tiga tahun saya tinggal di sini, tetapi tidak pernah kenal dengan penghuni di depan rumah saya ini. Kali terakhir saya nampak dia (ibu Muhammad Firdaus) bulan lalu, ketika itu dia sedang angkat sampah dengan seorang anak lelaki kecil. Lepas itu tidak nampak lagi," katanya.
Bagaimanapun, beberapa wanita tempatan yang ditemui mengakui ibu Muhammad Firdaus itu tinggal bersama kerana pernah ternampak wanita berkenaan di situ.
Dalam pada itu, pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, ibu kepada Muhammad Firdaus kelihatan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam, dipercayai bekerja.
“Keluarga remaja OKU ini tidak pernah bergaul atau berbual dengan penduduk di sini. Malah, kami sendiri tidak tahu dia mempunyai anak OKU sehinggalah berita ini tersiar,” katanya.
Ibu mengaku tinggal bersama
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdullah Roning berkata, ketika disoal siasat, wanita yang dikenali sebagai Lola itu mengaku masih tinggal bersama Firdaus di rumah berkenaan dan bukan tinggal di tempat lain.
“Hasil percakapan pegawai penyiasat kami dengan wanita berkenaan, mereka masih tinggal serumah, cuma anaknya yang OKU itu diasingkan di sebuah bilik berlainan.
“Semua keterangan daripada wanita berkenaan telah pun direkodkan dan diambil, sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya, semalam.
Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan bapa Muhammad Firdaus bagi melengkapkan kertas siasatan.
Ibu remaja itu direman selama empat hari sehingga esok.
Manakala, Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan mengesan bapa kepada remaja berkenaan.
“Setakat ini, kita tiada maklumat mengenai ayahnya. Jika gagal dikesan, JKM akan mohon perintah sementara bagi menjaga dan melindunginya buat sementara sebelum proses ke mahkamah,” katanya.

No comments:
Post a Comment