Quotes of The Day

He who asks is a fool for five minutes, but he who does not ask remains a fool forever.



"I would rather have a mind opened by wonder than one closed by belief." - Gerry Spence

Wednesday, 23 September 2015

Bila Tiba

Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara...

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapakah kita menjawab semua pertanyaan...

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara...

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri..

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati...



Assalamualaikum wrt..



Dah lama cheq tak bukak blog ni. Hidup yang makin singkat ni dipenuhi dengan kematian demi kematian. 24 May 2015, ibu mertua cheq yang kebaikan dan kasihsayangnya hanya ada satu dalam seribu, telah kembali menyahut panggilan Illahi. Sehingga di akhir nafas beliau, arwah mak mertua cheq tak mau susahkan orang. Cheq sedih sebab selama ni cheq terlalu rapat dengan arwah. Insan yang sangat baik hati, penuh dengan kasih sayang dan yang meletakkan orang lain lebih dari dirinya sendiri dalam mencari bahagianya. Cheq hanya mampu berdoa agar Allah membalas segala kebaikannya di dunia ini dengan sejuta kebaikan di jannah nanti. Bonda mertuaku...cheq akan kenang Bonda sampai akhir hayat. Muga Allah pertemukan kita sekali di sana nanti dan semuga jannah la tempat pengakhiran kita semua.


Yang paling cheq sedih, cheq tak sempat jumpa arwah. Selalunya dia la yang paling 'excited' pada 25 May setiap tahun  melebihi suami cheq sendiri kerana pada tarikh ini kami disatukan dalam satu pernikahan yang penuh bermakna. Kerana cucoq badak mak mertua cheq la kami dipertemukan..mungkin cheq kena buat skrip, :Cinta Cucoq Badak Kelawei"...Cheq pon dah jumpa balik kawan sekolah lama yang kini jadi penerbit filem. In shaa Allah, mungkin cheq akan bukukan penulisan cheq tentang bonda untuk diabadikan memorinya.....

Panggilan Illahi yang kedua menyaksikan pemergian Teh atau Tok Teh pada 4 June 2015- panggilan manja anak2 cheq pada arwah. Seumur hidup tinggal bersama tiga beradik sejak ditinggalkan suami kerana bercerai mati. Tiada zuriat penyambung waris, namun limpahan kasih sayangnya pada anak2 cheq tak mungkin cheq mampu balas. Cheq bersyukur, walaupon tak sempat balik jaga mak mertua cheq, cheq mampu laksanakan tanggungjawab cheq pada Teh. Cheq sempat menjaga di hospital dan menjaga Teh di rumah. Yang paling menyedihkan bila cheq menguruskan mayatnya. Sedih bila tiada anak untuk menguruskan jenazah seorang bonda. 

Muga Allah akan amponkan segala dosa Teh dan segala kebaikan Teh yang akan melayakkan Teh terus ke syurga tanpa dihisab. In shaa Allah kami akan menjaga dinda Teh, Chik selagi hayat dikandung badan. Jasa Chik pada kami sekeluarga bersama Teh tak mungkin akan kami lupa. Makaroni bakaq Teh, bengkang, dan yang paling akan kami rindui acar buah Teh dan Chik. Alhamdulillah dah beberpa kali acar Teh terlepas di bumi Aotearoa ni.
Teh..damailah dan tenanglah Teh di sana...Al fatihah.

Orangnya penuh seni, kelakar dan adakalanya satu anugerah Allah yang sukar dimengertikan. Pak Su Amin atau Tok Su, ciptaan Allah yang mungkin kurang dimata manusia tetapi hakikatnya kurniaan Allah yang sangat sempurna. Walaupun cacat penglihatan, namun Pak Su amat tajam derianya. Cheq ingat lagi, kalau cheq turun tangga, dari jauh dia dah teka kata itu cheq. Hanya kerana dentingan loceng di buku lali kaki cheq, Pak Su dah tau siapa gerangannya.

Satu lagi, pengecaman Pak Su bila cheq ada di rumah, bila cheq masak. Hanya kerana masakan cheq banyak guna bawang putih, Pak Su dah tau cheq yang tengah dok masak. Insiden-insiden lucu pasai bawang putih ni takkan cheq lupakan. 

Alhamdulillah, Pak Su juga cheq sempat jaga selama 5 minggu. Walaupon penuh dugaan, namun cheq pasrah kerana detik hati cheq mengingatkan cheq yang mungkin Pak Su tak akan panjang usianya. Dengan raut wajah dan suaranya yang semakin berubah dik kerana hanya Allah yang tahu, cheq dok agak dah...Allah akan jemputnya selepas kekandanya..walaupon sedih, tapi itulah yang terbaik buat Pak Su. Cukuplah dengan kesabaran dan dugaan yang perlu ditanggungnya...biarlah Pak Su kembali kepada penciptanya dan 'melihat' penciptanya buat ke sekian kalinya....

Yang terakhir 2 Sept 2015 (cukuplah buat tahun ini...), orang yang paling cheq sayang seperti ibunda sendiri iaitu makcik Sham atau panggilan manjanya pada kami semua - "Sham". Bukan tiada tanda hormat padanya dengan hanya panggilan nama, tetapi keakraban kami sukar diterjermahkan dengan kata-kata. Yang pasti kami sangat akrab.

Sham...dah 21 hari Sham tinggalkan Cheq...tapi Cheq masih tak boleh lupakan pelukan terakhir Sham kat Cheq masa Cheq nak balik tu. Walaupon tika tu, Cheq sikit pon tak sangka itu pelukan terakhir Cheq, tapi Cheq merasakan keanehan bila Sham menangis kali terakhir tu. Selalunya Sham akan tenang dan teruih memberikan sokongan pada Cheq untuk terus tabah di perantauan. Tapi kali terakhir tu, Sham hanya menagis dan meminta ampon dan maaf kat Cheq.

Sham, cheq la kena minta ampon dan  maaf kat Sham. Terutama semasa peristiwa Sham hilang di Makkah tu. Cheq panik dan takot sangat hingga Cheq hilang sabaq dan marah Sham depan orang. Tapi itu ruapanya peringatan Allah yang Allah akan 'hilangkan' Sham dari dakapan Cheq selama-lamanya. Cheq minta maaf Sham..Cheq minta ampon. Che minta amponnnn.....

Apapon, cheq bersyukur niat Cheq untuk bawak Sham menunaikan umrah telah pon dimaqbulkan Allah. Alhamdulillah...sempat Sham menjadi tetamu Allah. Cuma jagaan Cheq saja yang tak sempurna atas kemahuan Sham juga. Cheq kecik hati Sham tak mau bagi Cheq tolak kerusi roda Sham dan kehilangan Sham menyebabkan ketidaksabaran Cheq. Amponkan Cheq naa...

Musim bunga di Aoteroa ni pasti akan bermakna kalau Sham masih dipanjangkan usia untuk bersama kami disini. tentu Sham suka dok sini. Jiwa pasti tenang dengan keindahan bumi Aotearoa. Tapi Cheq yakin, Sham kini di taman syurga dan tentunya Allah temuka Sham dengan bunga dan kehiduapan yang lebih indah. Sham terlalu istimewa. Kebaikan Sham yang melimpah ruah pada kami sekeluarga dan pada anak-anak kandung Sham sendiri tentu besar ganjarannnya. Hanya Jannatul Firdaus untuk insan sebaik Sham...cheq pasti Sham...Cheq pasti..

Ni malam Arafah dan Cheq masih di pejabat menyiapkan 'chapter' pengajian cheq. Cheq dah terlalu banyak mensia-siakan masa. Cheq harus kuat Sham..cheq harus kuat untuk merealisasikan permintaan mak. Cheq akan berusaha dengan bersungguh-sungguh mulai detik dan ketika ini. Cukuplah pemergian insan-insan tersayang dalam hidup Cheq...Cheq sudah tak mampu menghadapi pemergian sesiapa lagi...

Ya Allah..kesiankanlah diri cheq ni..hidup ni harus diteruskan. Berikanlah kekuatan pada Cheq Ya Allah..
Hanya kepadaMu Ya Allah Cheq bersujud memohon segala keamponan...buat kedua ibubapa Cheq, buat Sham, datuk dan nenek Cheq, buat mertua Cheq dan keluarga serta kedua anak Cheq yang tak sempat mengecap nikmat dunia. Walaupon cheq tak sempat lahirkan mereka ke dunia yang fana ini, cheq pasti Allah akan temukan anak2 cheq bersama Abah Kent, Kakak Yana dan Abang Khasyi satu hari nanti..

Ya Allah...terimalah segala ibadah korban kami dan kami mohon pengamponan dariMu Ya Allah...peliharalah kami di bumi Aotearoa ini, realisasikan impian kami dan peliharalah kami dalam limpahan rahmat dan kasihsayangMu...

Salam Aidl Adha ....muga pengorbanan kami diberkati olehMu Ya Allah..
Sehingga tiba saat itu...peliharalah kami dalam dakapan kasihMu Ya Allah..

Allahuakbar Allahuakbar Allah Walilla Ilham...

Nota Hati
Cheq
IoE,
MU, Turitea.
23 Sept 2015.

Wednesday, 23 July 2014

Malaysian vs 1Malaysia - Apa dah jadi...??

Assalamualaikum wrt...
Hmmm..lagu mana cheq nak mola pun tak tau aih...tapi yang cheq tau, darah cheq yang tak pernah skyrocket rasanya dah sampai ke planet Marikh! Ni gara-gara Apek sekoq ni (hangpa nak kata cheq racist pon katalah...sebad dia memang Apek..nak kata lagu mana dah..).

Mendidih darah cheq bulan2 posa ni bila tengok video budak yg baru mungkin 15 tahun kena terajang kat muka. Dah la budak tu kecik, hangpa ikat dia dan boh penerajang kat muka pulak! Pasai apa kuang ajaq sampai lagu tu? Kalau bangsa depa sndiri, ada depa nak belasah terok2 macam tu? Kalau ya pon hang marah sangat, hang sekeh kepala dia 2-3 kali sudah la...tak pon hang boh penampaq sedaih dua. Ni dak! hang pon penerajang kat muka dengan kasut?? Ni lu sudah lebih Apek...gua olang Melayu manyak pantang lu kakikan muka itu budak! (eh awat cheq bunyi cina pulak...pasaipa tak tau!)..

Anyway, cheq tak kata budak tu tak bersalah. Yes, hangpa dah tangkap dia mencuri, pangge polis angkat bawak pi balai. Tok sah dok jadi penghukum rimba mai dok terajang muka orang suka-suka! Awat lu ingat dia tak dak mak bapak ka...

Nasib hang baik la apek, yang dok  menyeranggoh kat tepi jalan tu tak buat apa pon! Boleh dok tengok saja budak tu kena terajang kat muka!! Kalau cheq ada tang situ, memang cheq nanti slow talk dekat hang pek. Kalau hang tak mau dengaq..cheq punya suara nanti naik siren. Lepas tu cheq akan talipon polis pangge mai angkat budak tu, sekali angkut hang Apek! Apa hang ingat negeri ni tak dak undang2 ka...suka suka hang nak rembat muka budak tu. Dia salah, bawak pi balai. Lepaih tu hang dakwa dia...biaq dia kena masuk Henry Gurney ka apa ka. Tak pon biaq polis siasat awat budak tu mencuri, mungkin lapaq ka...adik2 tak makan lagi ka...bangsa hangpa memang dah kaya raya pasai tu hangpa lani semua tak jadi kongsi gelap dah. Dulu zaman hangpa susah hangpa pon dok gagau barang orang jugak. Check la dulu Apek..apa lu buat manyak kuang ajaq la Apek..

Apapun cheq harap polis akan cari deni sampai dapat! kalau kes #CDM25 cepat2 depa ambik tindakan, kalau kes ni polis tak amik tindakan memang saja la...isshkk...mana nilai kemanusiaan di bumi Malaysia ni.
Kot kata sebab dok kempen 1Malaysia jadi lebih rapat, lebih baguih. Tapi rupanya lagi caca marba dok jadi dalam negeri. Tak kira la budak tu hitam, putih, cokelat, kelabu taik anjing ka..tapi dia tetap sorang manusia...budak pulak tu! Tak dak hati perut betoi..

Apapon cheq harap sangat Tan Sri KPN  akan ambik tindakan segera. Tok sah dok bagi chance kat depa. Awat negeri ni tak dak undang2 ka..ishhh,..

OK la..cheq nak chau  dulu...hilang pahala posa dok merengkam macam ni..
Yang adik pon, walau apa alasan, janganlah dok mencuri, banyak cara lain dik oi nak cari duit. Jangan cari jalan mudah...usaha la...in shaa Allah akan bagi rezeki yg halal kat kita....bawak2 insaf la adik na..buta pakkare saja hang kena..tobat nasuha hang jangan buat dah adik no..aunty doa ni..ikhlas..hang ubah perangai naa...

Ok la..Salam Ramadan ...muga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar..

Salam kasih sayang,
Cheq
1.36 tghri.

-----------------------------------------------------------------
Polis buru lelaki belasah remaja
  • Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya. 

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial.

Tuesday, 24 June 2014

Tiga Perkataan Yang Meruntun Jiwa - Sinar Harian

Assalamualaikum wrt dan Salam Kasih Sayang..

Pertama sekali Cheq nak minta maap la sebab dah lama Cheq tak menulih di bloq ni.  Sibuk yang teramat-amat dan Cheq jugak telah melalui pelbagai ujian dari Allah. Namun alhamdulillah...kalau dulu Cheq selalu jugak berendam ayaq mata dengan perlakuan-perlakuan manusia yang berselindung di sebalik kononya berpendidikan tinggi dan pseudo agama, namun hari ni Cheq mampu tersenyum kerana semua ujian tu sebenaqnya menjadikan Cheq lebih kuat. Ada lagu orang puteh, "If it doesn't kill me, it actually makes me stronger"!!

Baik...hari ni Cheq tak mau nak curhat (curahan hati) pasai Cheq. Hari ni Cheq nak curhat pasai adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun, yang di abaikan oleh ibunya. Katanya ayah kandung dah meninggal tapi adik Firdaus ada ayah tiri dan seorang adik tiri 7 tahun. Dah berhari2 Cheq cuba bersangka baik dengan ibu kandungnya Imashima Lola, 40 tahun (bukan tua sangat pon). Namun walau apa alasan sekali pon, otak cheq yang masih waras tak dapat nak menerima pembelaan ibunya yang mengatakan dia kesempitan hidup dan tak tahu cara nak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Kalau Lola ni hidup dalam kesempitan, musykhil jugak Cheq. Awat adik Firdaus saja yang comot, cumpang camping dengan diselaputi najis dan disaluti dengan baju yang reput? Rambut dan entah bertahun tak dipotong? Kalau sesempit mana sekalipon hidup, hatta, takkanlah nak bagi mandi seminggu sekali pon tak boleh? Nak tukaq baju tak boleh? Nak bagi makan sehari sekali tak boleh? Nak cuci bilik dia sebulan sekali tak boleh? Awat hang bubuh pasiaq dalam bilik dia macam hang bela kucing?? Ha...mola lah Cheq nak guna "Hang..hang ni.." . Dah berderau darah Cheq lani. Awat Lola hang kejam sangat? Sesusah mana sekalipon, takkanlah hang balik keja atau sebelum hang pi keja hang tak buleh bagi mandi budak tu? Yang Cheq pelik, adik dia boleh pulak hang bagi pakai kemas? Hang sendiri pon siap pakai tudung soksiap..soksiap berkilau berkilat diamond kat tudung hang! Cheq pon tak pakai tudung lagu tu...mahai kot! Tapi hang siap ada smartphone! Hang jangan dok ranjau kat kami..kalau tak smart pon...hang boleh selfie ka lepaih tu post kat facebook? Pekak-pekak pon gaji hang, hang masih mampu ada internet..hang ada smartphone..tak kisah la hang guna data ka, internet ka..hakikatnya orang yang kesempitan hidup mampu ka semua tu?

Yang cheq sedih...laporan doktor mengatakan budak tu dah mungkin berbulan tak makan! Mandi obviously dah hang tak pernah bagi dia mandi dan tukaq baju. Pasai tu sampai baju reput! Kain buruk kalau biaq pon tak jadi reput macam tu aih! Awat hang sampai hati buat kat anak yang macam ni? 

Cheq pon tak perfect jaga anak, sibuk cari rezeki. Tapi tak la sampai tak bagi makan anak. Dulu-dulu masa kami kecik pon, hidup kami susah. Ada 9 orang adik beradik tapi mak cheq bela dengan penuh kasih sayang. memang la kami tak dak anak istimewa atau adik beradik istimewa tapi kalau dah sampai 9 orang, kesian jugak la mak cheq sorang nak bela nun kecik2 semua. Hang 2 orang saja pon hang tak boleh jaga. OK lah Cheq nak bersangka baik ni. Kalau hang dah tak mampu nak jaga, hang tak boleh ka tanya kat orang macamana nak minta tolong? Kalau hang tak tau nak cari Jabatan Kebajikan Masyarakat sekalipon, hang tangkap la gambaq anak hang dan post kat facebook tu. Sat saja post hang akan jadi viral dan orang ramai akan membantu. Ni hang dengaq sini, bukan semua orang macam hang kejam...kalu hang post kat facebook hang pon, Cheq yakin ramai sungguh rakyat Malaysia ni yang prihatin. Depa akan salurkan posting hang tu ke pihak yang berwajib. Tapi hang lebih suka post gambaq hang..pasaipa Cheq tak tau! Yang tu hang cerdik pulak..yang post pasai anak hang hang tak tau...ishhhh...cheq sungguh2 nak percaya hang ni kesempitan hidup dan tak reti nak buat semua tu. Tapi apa yg kami rakyat nampak kat facebook tu menunjukkan sebaliknya. Awat la Lola hang jadi lagu tu...

Ok la...cheq dah tak mau cakap banyak. In shaa Allah kalau pihak tertentu wujudkan Tabung Bantuan untuk Firdaus, Cheq akan membantu. Itu janji Cheq. Kalau kata Nilai tu dekat la...Cheq pi dah. Sedih benda lagu ni jadi kat Malaysia. Baru minggu lalu Cheq baca jadi kat China, anak2 biarkan mak depa umoq 95 tahun terkurung dan tak bagi makan, dok tunggu suruh mati saja. Tu di China..ni Malaysia Lola oi...Malaysia!!

Apatah lagi hang berugama Islam. Cheq tak mau nak menghukum hang Lola tapi apa yang hang buat sangat tidak patot. Cheq mintak maaf terpaksa guna perkataan 'kejam'. Tapi Cheq dah tak boleh nak pikiaq apa perkataan lain yang sesuai nak guna kat hang Lola. tentu hang ingat macamana sakitnya nak beranakkan si Firdaus ni dulu. Sakit nak beranak bukan kita balas kat anak2 kita macam ni. Sebab sakit nak beranak la kita kasih dan sayang anak2 kita. Bapak dia dah tak dak...hang tak pernah terpikiaq ka yang dia ada hang saja...Ibu..Ummi...hang tau tak sedihnya Cheq baca..3 perkataan yang dia tau sebut hanyalah "Ibu, Ummi dan Makan"....namun 3 perkataan tu la hang siksa dia di dunia ni...awat Lola...awat...hang explain mai kat kami rakyat Malaysia apa yang sebenaqnya terjadi. Bukan sebab kami nak kutuk hang kaw-kaw..tapi kami nak cuba faham pasaipa jadi lagu ni...

Ironi sungguh...3 perkataan yang seorang anak istimewa tau sebut dan perkataan2 tu lah yang 'membunuh' kehidupan adik Firdaus..

Setulusnya Cheq doakan adik Firdaus cepat sembuh dan mendapat kasih sayang sewajarnya. hang tau dak dari sapa kasih sayang sewajarnya tu dari sapa....dari hang Lola...dari hang. Cheq doakan seikhlasnya jugak..hang akan bertaubat Lola...masih ada ruang dan peluang untuk hang menebuih kesilapan hang. Tak mampu nak bela..tak pa...hang pi tinggai di JKM tapi hang pi la jenguk2 dia. Firdaus tu la..yang akan bawak hang ke syurga nanti. Nama pun sudah hang bagi nama syurga tapi hang tak nampak syurga tu pada dia.

Kata orang, syurga dibawah tapak kaki ibu..tapi sejahil2 Cheq..rasanya dalam situasi hang ni Lola..syurga tu dibawah tapak kaki Firdaus...hang reti tak?

Sekali lagi, Cheq mintak maap terkasar bahasa tapi Cheq jugak seorang ibu. Jangan la buat kat dia lagu tu dah lepaih ni..dia manusia...insan. Kalau kucing kita bela..takkan anak kita kita buat macam tu. Banyak yang ingin membantu hang Lola..minta la..banyak yang sudi membantu..in shaa Allah..

Hang sebenaqnya lebih beruntung dari kami yang mempunyai zuriat biasa2 sedangkan zuriat hang Lola adalah anak istimewa. Lola, Cheq bukan orang alim. Namun Cheq masih berusaha mencari redha Allah. Ni Cheq nak berkongsi dengan hang Lola...sama-sama kita memperbaiki diri dan berubah menjadi insan yang lebih baik...in shaa Allah. 

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. 

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya
  3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28) 

Firdaus...Firdaus akan sentiasa dalam doa Aunty Cheq naaa..Aunty akan sentiasa doakan Firdaus tau..cepat sembuh. Allah sayangkan Firdaus...in shaa Allah..ramai dari kami yang sayangkan Firdaus dari kejauhan dan setulus doa buatmu Firdaus...

Assalamualaikum wrt...
Cheq
5.13pm

P/S Dah berhari2 tak dapat lelap mata dok terbayang wajah duka Firdaus yang tak berdosa...

-----------------------------------------------------------------
Tiga perkataan yang meruntun jiwa
  • Firdaus Dullah OKU kurung
 1 / 1 
'IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.

Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.

Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.

Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.

Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai.

Berat hanya 15kg
Jaafar berkata, amat menyedihkan apabila Muhammad Firdaus kelihatan rakus ketika pertama kali diberi makan oleh pihak hospital.

Beliau berkata, remaja yang menghidap penyakit celebral palsy itu hanya seberat 15 kilogram ketika pihak hospital menerimanya.

“Hari pertama kami terima anak ini, keadaannya amat teruk. Kami semua geleng kepala melihat keadaan fizikalnya.

“Dia kelihatan rakus bila diberi makan roti seperti sudah lama tidak makan dan begitu kelaparan,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Firdaus turut mengalami masalah kulit akibat terlalu lama berada dalam persekitaran kotor.

"Dia juga kekurangan protein disebabkan tidak mendapat makanan berkhasiat. Kita akan merawat kulitnya dan beri makanan berkhasiat agar kembali pulih, sebelum membuat rawatan fisioterapi untuk anggota badannya yang lemah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan dijalankan terhadap remaja itu mendapati tiada kesan penderaan pada fizikalnya.

“Tiada kesan menunjukkan dia didera, tetapi jika dikurung dan dibiarkan sudah termasuk dalam kes penderaan. Kita sudah serahkan laporan kesihatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, semalam.

Jaafar berkata, untuk memulihkannya akan mengambil masa lama, bagaimanapun Muhammad Firdaus sudah menunjukkan respon positif berbanding sebelum ini.

“Kita akan pastikan dia pulih sepenuhnya sebelum serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sementara itu, katanya, adik tiri remaja terbabit, Muhammad Haziq Jali, 7, turut dirawat di hospital berkenaan dan diletakkan bersebelahan Firdaus.

“Adiknya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan cuma mengalami masalah hiperaktif,” katanya.

Jiran tak tahu remaja terkurung

Sementara itu, di NILAI, penderitaan Muhammad Firdaus itu ternyata mengejutkan penduduk sekitar rumah pangsa Taman Semarak.

Tinjauan Sinar Harian di rumah pangsa itu semalam mendapati, penduduk sekitar serta jiran-jiran tidak mengetahui ada remaja OKU terkurung di sebuah bilik di blok 15, selama ini.

Kawasan perumahan yang rata-rata didiami warga asing itu kelihatan suram, selain berada dalam keadaan tidak terurus.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam blok berkenaan, hidung mula terbau sesuatu kurang menyenangkan, dengan hancing serta busuk.

Setibanya di hadapan rumah nombor 19 iaitu tempat Muhammad Firdaus ditemui, bau busuk terus menerpa kuat sebaik saja pintu dikuak.

Tidak cukup dengan itu, kelihatan keadaan rumah berselerak seperti tidak berpenghuni, malah apabila ditanya jiran sebelah, mereka sendiri tidak tahu dan tidak kenal penghuni rumah itu.

Salah seorang jiran yang tinggal depan rumahnya, Farhat, 30, berkata, selama tiga tahun dia tinggal di situ, dia jarang melihat wanita atau ibu kepada Muhammad Firdaus berada di rumah.

Farhat yang berasal dari Bangladesh dan fasih berbahasa Melayu berkata, hanya sebulan sekali saja dia nampak wanita itu datang mengemas rumah dan membuang bungkusan sampah yang banyak.

“Saya jarang nampak ada orang dalam rumah itu. Cuma setiap malam, saya sering terdengar suara kanak-kanak menangis dari rumah berkenaan. Suara itu akan diam sendiri selepas itu.

“Sudah tiga tahun saya tinggal di sini, tetapi tidak pernah kenal dengan penghuni di depan rumah saya ini. Kali terakhir saya nampak dia (ibu Muhammad Firdaus) bulan lalu, ketika itu dia sedang angkat sampah dengan seorang anak lelaki kecil. Lepas itu tidak nampak lagi," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wanita tempatan yang ditemui mengakui ibu Muhammad Firdaus itu tinggal bersama kerana pernah ternampak wanita berkenaan di situ.

Dalam pada itu, pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, ibu kepada Muhammad Firdaus kelihatan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam, dipercayai bekerja.

“Keluarga remaja OKU ini tidak pernah bergaul atau berbual dengan penduduk di sini. Malah, kami sendiri tidak tahu dia mempunyai anak OKU sehinggalah berita ini tersiar,” katanya.

Ibu mengaku tinggal bersama

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdullah Roning berkata, ketika disoal siasat, wanita yang dikenali sebagai Lola itu mengaku masih tinggal bersama Firdaus di rumah berkenaan dan bukan tinggal di tempat lain.

“Hasil percakapan pegawai penyiasat kami dengan wanita berkenaan, mereka masih tinggal serumah, cuma anaknya yang OKU itu diasingkan di sebuah bilik berlainan.

“Semua keterangan daripada wanita berkenaan telah pun direkodkan dan diambil, sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya, semalam.

Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan bapa Muhammad Firdaus bagi melengkapkan kertas siasatan.

Ibu remaja itu direman selama empat hari sehingga esok.

Manakala, Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan mengesan bapa kepada remaja berkenaan.

“Setakat ini, kita tiada maklumat mengenai ayahnya. Jika gagal dikesan, JKM akan mohon perintah sementara bagi menjaga dan melindunginya buat sementara sebelum proses ke mahkamah,” katanya.

Friday, 11 January 2013

PALESTINE - BY TUN M


1. I am happy that Palestine is now half-recognised by the United Nations.


2. Why there cannot be full recognition is evidence that we live in a world where there is no justice, where the rule of law prevails not, where might is right.


3. There was no state of Israel where it is now. There was only the state of Palestine then.




4. Now there is a state of Israel but no state of Palestine.



5. Why? Because Israel, this artificial creation of the West, together with its satellite, the United States of America, is against acknowledging the existence of the state of Palestine.



6. There is only a Palestinian Authority, a meaningless entity found nowhere else in the world.



7. And this entity is not allowed to collect all the taxes due to it. “Generously” Israel and the United States undertake to collect the taxes for the Palestinian Authority.



8. The taxes obviously belong to the Palestinians. Now, to punish the Palestinians for seeking to be half-recognised by the United Nations, Israel and the United States threaten not to hand over the taxes they had collected to the rightful owner.



9. Arm-twisting like this is totally unacceptable especially by the so-called democratic countries. But this open manifestation of hypocrisy is only to be expected. In all the dealings regarding the conflict between Israel and the Palestinians, there has never been any instance when justice and fair play have been shown. Always it is about the strong taking what they will and the weak giving in what they must.



10. This is the world in which we live today.

BERTAUBAT - BY TUN M

Artikel ini telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari, 2013.
1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.
2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.
3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.
4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, “siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima”.
5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.
6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.
7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.
8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.
9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.
10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
11. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.
17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.

Welcome 2013

Alhamdulillah...alhamdulilllah cheq masih diberi peluang untuk terus mengecap nikmat di bumi Allah di Tahun 2013 ni. Banyak ujian dan dugaan yang telah dilalui. Ada yang cheq lulus dan ada yang cheq terkandas. Bila cheq pikiaq2 balik, cheq terkandas sebab cheq tak mampu mengawal emosi, well cheq hanya manusia biasa. Kalau asyik diasak beralu-talu sapa tak marah..marah la...

Tahun 2013 ni, cheq tak punya azam apa2 yang melebihi jangkaan. Cheq hanya berharap keluarga cheq dan diri cheq akan terus dalam titian rahmat Allah. Selama ni tanpa sedar, cheq bekerja keras utk manusia sedangkan penghargaan manusia itu tiada harganya sedangkan keredhaan Allah itu lah sepatutnya menjadi matlamat. Astagfirullah..cheq mohon ampun pada Allah atas kealpaan itu. Jadi, di Tahun 2013 ni, cheq akan sentiasa memperingatkan diri, walau apa yg cheq buat mestilah untuk mencari keredhaan Allah. Biarlah orang lain dengan kehebatan mereka, cheq akan terus menjadi diri cheq...bekerja untuk Allah..Jangan sekali-kali meminta2 pada manusia...hanya pada Allah cheq akan merayu dan memohon segala usaha cheq selama ini direstui...In shaa Allah...

Di Tahun 2013 ini, cheq nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada suami, anak2, keluarga di tanahair, sahabat2 di bumi Aotearoa ini yang sudah seperti keluarga cheq, anak2 didik cheq di sini dan di tanahair. Biarlah segalanya ditentukan oleh Allah...sesungguhnya hidup dan mati cheq adalah kerana Allah. Cheq mesti selalu ingatkan diri...kepalsuan ada dimana-mana...biarlah...pasti ada balasannya..itu kerja Tuhan. Cheq tak perlu bersedih dan cuba membetulkan keadaan..sebaiknya cheq akan terus mendoakan agar diri ini terutamanya, sedar hidup ini hanya sementara dan akan terus mendoakan orang lain akan sedar dengan kesilapan mereka. Setulusnya doa cheq mereka akan kembali ke jalan yang benar...

Tahun 2013 ni cheq akan memikirkan usaha cheq untuk merealisasikan janji cheq pada ibunda tercinta iaitu untuk meneruskan pengajian. In shaa Allah..bukan ilmu dunia yg harus diperbaiki tapi dengan izin Allah...cheq akan terus berusaha meningkatkan diri dengan ilmu Allah....cheq sangat2 terasa hidup ini singkat...terlalu singkat...cheq akan kuatkan diri untuk bersabar dan bersederhana dalam segala hal. Cheq tak akan terlalu serious dalam segala hal...my focus is my family..I have worked too hard all my life. Time for my hubby dan anak2..mereka lah yang selama ni menyokong cheq tapi cheq sering lebihkan tugas dari mereka...In shaa Allah ..not anymore....the system has disappoint me after 25 years of service..

Tahun 2013...here I come...brave, strong and patience more than ever...Allahu Akbar...

AlFatihah buat bonda, ayahanda dan kaum keluarga tercinta..mungkin tak lama..cheq akan menyusul...kuatkan diri cheq untuk membawa bekalan secukupnya....

SubhanAllah..sesunggunya perancangan Allah itu hebat...muga cheq dan keluarga sentiasa dalam limpahan rahmatNya...

11 Januari 2013
(A day after trip in Malaya...)

Monday, 24 September 2012

NASIHAT KERAMAT AYAHANDA TUN M


DALAM SUNGGUH NASIHAT NI.




Tun M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

 
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.

 Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. 

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit 
yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.